SJ-13-0410 : Adakah dr imam As- Syafi'i??

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0410 : Adakah dr imam As- Syafi'i??

:salam mengenai fidyah yg berganda2 kene byr adkh dr mazhab imam syafi'i..??
Apkah dalil yg digunakan Imam As-Syafi'i??

p/s ana sudah fhm mengenai fidyah cuma ingin kan dalil dr Mazhab Syafi'i..

SJ-13-0410 : Adakah dr imam As- Syafi'i??

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulullah SAW,

Membayar fidyah bermaksud membayar tebusan, adalah satu hukum yang berkaitan dengan banyak bab fiqh, ada fidyah yang berkaitan dengan puasa, ada yang berkaitan dengan haji dan yang berkaitan dengan peperangan. Jadi fidyah yang mana satu yang tuan maksudkan?

Kemudian jika dalam bab puasa, adakah fidyah yang berkaitan dengan orang yang ada keuzuran meninggalkan puasa atau yang tiada keuzuran, orang sakit, orang hamil, orang menyusu, haidh dll?

Jika dalam bab haji, adakah fidyah sebab melakukan apa yang tidak dibenarkan atau sebab meninggalkan kewajipan haji dll?

Jika dalam dalam peperangan, adakah fidyah yang berkaitan dengan pembebasan tawanan dengan harta atau dengan perkhidmatan?

Harap Tuan dapat nyatakan kes yang tertentu sahaja. Terima kasih.

Wallahu a3lam