SJ-13-0444: Beza Mastautin dan Mukim

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0444: Beza Mastautin dan Mukim

:salam

Moga dirahmati Allah...

Soklan mudah jer...Apa perbezaan istilah ini???

1) Bermastautin
2) Bermukim
3) Watan hakiki

Tima kasih

SJ-13-0444: Beza Mastautin dan Mukim

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Mustautin ialah seseorang yang menetap di satu tempat sebagai tempat tinggalnya.

Muqim ialah seseorang yang sampai ke satu tempat daripada musafirnya, dan berniat menetap sementara di situ dalam tempoh melebihi 3 hari (mengikut mazhab Syafie dan Hanbali).

Perkataan mustautin biasanya disebut dalam bab Solat Jumaat, kerana disyaratkan sah Jumaat ialah ia didirikan di tempat yang terdapat mustautin, iaitu penduduk yang memang menetap di situ.

Manakala perkataan muqim biasanya disebut dalam bab Qasar Solat. Kerana qasar sembahyang hanya dibenarkan ketika musafir, dan apabila dia niat bermukim, terhenti rukhsah itu.

Perkataan 'watan hakiki' maksudnya 'tempat tinggal sebenar'.

Walahu A'lam.