SJ-09-0036 : tentang umrah lagi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0036 : tentang umrah lagi

:salam

maaf ustaz Abu Umair, soalan saya yg urgent tempoh hari dah jadi tak urgent sebab umrah kena tunda, insyaAllah bertolak 13 ogos ni. saya ada lagi beberapa soalan:

1. insyaAllah, saya akan bertolak dengan kapal dari mesir (pelabuhan safaga) dan mendarat di pelabuhan yanbuk (saya tak pasti namanya, bunyi macam tu la). bagaimana dengan miqat saya? menurut bacaan saya, miqat orang yang naik kapal ialah atas laut jika dia melepasi sempadan miqatnya.
tapi, kami akan menetap di madinah selama empat hari, kemudian baru berangkat ke Makkah. menurut ustaz yg menguruskan umrah kami, kami akan berihram di Bir 'Ali. tapi, berdasarkan bacaan saya lagi, orang yg berniat umrah, hendaklah ihram di miqatnya dan jika dia melepasi miqat itu, dia kena keluar semula ke tanah halal dan kena bayar dam. dalam kes ini, adakah miqat saya dikira miqat orang madinah (Bir 'Ali), atau miqat saya masih atas laut?.

2. dalam kes tadi, kalau miqat saya masih atas laut, adakah saya kena duduk empat hari di madinah dalam keadaan berihram?

3. saya ada baca fatwa Bin Baz seperti berikut:

Quote:
Pertanyaan
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz ditanya : Jika saya ihram umrah atau haji dan saya telah masuk Masjidil Haram, apakah saya harus shalat dua rakat tahiyatul masjid ataukah saya langsung thawaf .?

Jawaban
Sesuai syari'at Islam bagi orang yang masuk Masjidil Haram baik untuk haji atau umrah adalah memuali thawaf dan cukup baginya dua putaran thawaf pengganti shalat dua raka'at tahiyatul masjid. Demikian itu dikecualikan jika ada udzur syar'i yang menghambat dari tahwaf ketika masuk Masjidil Haram, maka yang dilakukan adalah shalat dua rakaat tahiyyatul masjid kemudian thawaf jika hal itu dapat dilakukannya. Demikian jika seseorang masuk Masjidil Haram ketika telah iqamat shalat, maka dia shalat bersama manusia kemudian thawaf setelah selesai shalat.

Sumber:
buku fatwa-fatwa haji dan umrah oleh ulama-ulama saudi arabia, penyusun Muhammad bin Abdul Aziz Al-Musnad, terbitan Pustaka Imam Asy-Syafi'i, hal 148-153

jadi, apabila masuk masjidilharam untuk umrah nanti, adakah saya perlu 2 pusingan sebelum tawaf umrah yang 7 pusingan tu? saya tanya sebab saya baca buku2 manasik lain, saya tak jumpa apa-apa tentang tawaf 2 pusingan tersebut, sebaliknya terus tawaf umrah 7 pusingan.

4. setelah selesai umrah, jika saya masuk masjidilharam pada bila2 masa, adakah saya perlu tawaf tahiyyat 7 pusingan atau 2 pusingan seperti fatwa di atas?
dan perlukah saya solat sunat 2 rakaat di belakang maqam Ibrahim setelah tawaf tahiyyat itu?

5. kawan saya kata, di masjid nabawi ada 'maktabah soutiyyah'. kalau saya bawak DVD 20 keping (kapasiti total dalam 94GB) cukup tak kalau nak copy semua file? kalau copy guna external hard disk boleh tak?

sekian, terima kasih banyak2.

SJ-09-0036 : tentang umrah lagi

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Jika saudara akan ke Madinah terlebih dahulu, kemudian dari sana barulah berihram untuk ke Makkah, maka miqat saudara ialah di Zul Hulaifah (dikenali dengan Bir Ali).

Berdasarkan sabda Nabi SAW, selepas menentukan miqat setiap negeri:

åä áåä æáãä ÃÊì Úáíåä ãä ÛíÑåä ããä ÃÑÇÏ ÇáÍÌ æÇáÚãÑÉ

Maksudnya: Miqat-miqat itu ialah untuk penduduk negeri-negeri tersebut, dan untuk sesiapa yang datang melalui negeri tersebut dari kalangan bukan penduduk negeri itu. Iaitu bagi mereka yang mahu mengerjakan haji atau umrah.
Direkod oleh Bukhari dan Muslim.

2. Berdasarkan jawapan (1), maka soalan (2) tidak valid.
Walaubagaimana pun, jika anda mahu berihram awal dari atas kapal lagi, atau dari Mesir lagi, maka sah ihram itu. Malahan dinukilkan ijmak tentangnya. Dan pernah diamalkan oleh sahabat, iaitu berihram dari Baitil Maqdis.
Cuma, afdhal ialah berihram dari Miqat.

3. Setelah merujuk kepada sumber asal fatwa-fatwa Syeikh Bin Baz, kami merasakan terjemahan fatwa yang saudara nukilkan adalah silap.

Quote:
cukup baginya dua putaran thawaf pengganti shalat dua raka'at tahiyatul masjid.

Sepatutnya diterjemahkan:
Cukup baginya dua rakaat tawaf (selepas tawaf) pengganti kepada dua rakaat tahiyyat masjid.

Jadi, tidak timbul permasalahan buat dua pusingan asing sebelum 7 pusingan, kerana tidak pernah disebut oleh mana-mana imam, setakat pengetahuan kami.

4. Berdasarkan jawapan (3), maka tidak ada tawaf dua pusingan.
Jika anda masuk ke masjidil haram dengan niat mahu buat tawaf sunat, maka mulakan dengan tawaf tanpa solat tahiyyat.
Kerana tahiyyat masjidil haram ialah: Tawaf.

Kata Ibn Abbas r.a. "Tahiyyat Kaabah ialah Tawaf".

Dan setelah melakukan tawaf, maka disunatkan bersolat dua rakaat di belakang maqam Ibrahim.

Jika anda tidak berniat melakukan tawaf, maka baik dilakukan dua rakaat Tahiyyat Masjid. (Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah).

5. Ya, benar terdapat Maktabah Soutiyyah di Masjidil Nabawi. Tempatnya ialah berhampiran salah satu pintu di bahagian belakang Masjid Nabawi.
Untuk copy semua audio pengajian yang ada di sana, anda memerlukan hampir 350 GB. Jadi kena ada hard disk external 500GB.
Dan memang dibenarkan bawak hard disk untuk tujuan copy.

Wallahu A'lam