SJ-03-0112 : Tapak kaki anjing najis??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0112 : Tapak kaki anjing najis??

Assalamualaikum panel fiqh al-ahkam ,saya ada satu kemusykilan berkenaan memijak bekas tapak kaki anjing,di surau kampung saya anjing2 liar meninggalkan bekas tapak kakinya di lantai marmar kemudian dibasuh oleh penduduk kampung tanpa air tanah,persoalannya perlu atau tidak?dan adakah apabila lantai basah tersebut dipijak najis hukumnya?harap dapat diperjelaskan ::cry:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0112 : Tapak kaki anjing najis??

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ


Kemusykilan tentang kenajisan anjing telah beberapa kali dijawab di al-ahkam. Kami nukilkan jawapan al-fadhil thtl dalam SJ-03-0062 : Mengenai Anjing:

Quote:
Anjing sebenarnya makhluk Allah jua. Ia banyak kelebihan dan keistimewaannya, cuma ia adalah ujian utk orang Islam. pendapat yang rajih ialah pada madzhab Malik, yakni anjing spt binatang hidup yang lain adalah suci (bersih), hatta anjing boleh digunakan utk berburu binatang dalam sukan berburu (alMaidah ayat 4), juga kepolisian untuk mengesan bom, dadah dan cakra VCD dan DVD haram.

Cuma yang najis nya (selain tahi dan kencing anjing) ialah apa jua yang dijilat oleh anjing. Maka syara' memerintahkan kita samak sebanyak 7 atau 8 kali dan salah satunya ialah dgn air tanah (muttahaq alaih dari Abu Huraira ra)

Maka selain itu tidak perlu dirisaukan baik salakan anjing atau jika digesel oleh anjing. ia tidak najis.

begitu juga jika anda terpijak najis di jalanan, maka tidak perlu disiasat dan diujikaji apakah jenis najis itu dan tapak selipar/kasut menjadi suci jika digosok najis di tapaknya dgn tanah.

Tambahan:

Dalil bahawa bekas pijakan anjing tidak menajiskan ialah hadis Ibn Umar, dalam Sahih Bukhari (secara ta'liq):


ßÇäÊ ÇáßáÇÈ ÊÈæá æÊÞÈá æÊÏÈÑ Ýí ÇáãÓÌÏ Ýí ÒãÇä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æ Óáã Ýáã íßæäæÇ íÑÔæä ÔíÆÇ ãä Ðáß

Maksudnya: Anjing-anjing kencing dan masuk keluar ke dalam masjid pada zaman Rasulullah SAW, lalu mereka tidak merenjiskan sesuatu pun daripada yang demikian. (Sahih Bukhari, no: 172)

Wallahu A'lam.