SJ-05-0388 : Solat Hadiah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0388 : Solat Hadiah

Mohon penjelasan sama ada solat hadiah yang sering dilakukan oleh masarakat kita menepati suruhan.
Solat ini dilakukan pada malam pertama selepas solat magrib selepas seorang jenazah dikebumian
Semuga penjel;asan tuan akan menghilangkan kekeliruan saya

SJ-05-0388 : Solat Hadiah

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Solat hadiah adalah bidaah, yang tidak disebut dalam sumber-sumber hadis Ahlu Sunnah. Tidak ada hadis sahih mahupun dhaif menggalakkan dilakukan solat seperti ini. Tetapi ia boleh didapati dalam sumber-sumber Syiah.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda, "Sesiapa beramal dengan satu amalan yang bukan daripada urusan kami, maka ia ditolak". (Direkod oleh Muslim no: 1718).

Wallahu A'lam.