SJ-16-0012 : Monyet berzina kena rejam?

5 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0012 : Monyet berzina kena rejam?

tuan,

petikan dibwh ini diambil dari laman web jabatan agama

Quote:
21] Binatang Seperti Monyet Islam Harus Direjam Seperti Manusia Hadith berikut ini berbicara tentang para monyet yang kononnya adalah Muslim: "Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun ikut melempari batu bersama mereka". Hadith Sahih Bukhari Jilid 5, Kitab 58, Nombor 188 Ini adalah syariat dalam Islam bahwa wanita yang melakukan perzinahan mestilah direjam (dilempari batu). Menurut Hadis Sahih Bukhari di atas para monyet juga dikenai hukum ini. Hukum-hukum syariah apa lagi yang wajib diikuti oleh para monyet? Apakah mereka juga diwajibkan untuk melakukan ziarah ke Mekah? Apakah mereka diwajibkan membaca Qu'ran? Apa yang merupakan perzinahan dalam dunia monyet?

soalan:
benarkah hadis buhari itu dari sahih buhari?
apakah ambilan hukuman rejam dlm islam?adakah dari hadis di atas?
atau dari dalil yg lain dlm sumber islam?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-16-0012 : Monyet berzina kena rejam?

Salam ,

Kami merasa agak pelik dan sungguh ganjil tentang maklumat yang dikatakan hadis seperti di atas.

Jika benar ianya adalah dipetik dari laman web Jabatan Agama Islam , sila serta URL nya sekali.

Selepas di sertakan URL nya barulah kami akan menjawab berkenaan persoalan yang "ganji" tersebut..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com

ibnur (not verified)
Mengenai soalan dalam thread SJ-0016-12 (Monyet direjam)

Saya bukan penanya asal tapi sebab ustaz jawhar tanya tapi thread pulak kena lock.
21] Binatang Seperti Monyet Islam Harus Direjam Seperti Manusia Hadith berikut ini berbicara tentang para monyet yang kononnya adalah Muslim: "Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun ikut melempari batu bersama mereka". Hadith Sahih Bukhari Jilid 5, Kitab 58, Nombor 188 Ini adalah syariat dalam Islam bahwa wanita yang melakukan perzinahan mestilah direjam (dilempari batu). Menurut Hadis Sahih Bukhari di atas para monyet juga dikenai hukum ini. Hukum-hukum syariah apa lagi yang wajib diikuti oleh para monyet? Apakah mereka juga diwajibkan untuk melakukan ziarah ke Mekah? Apakah mereka diwajibkan membaca Qu'ran? Apa yang merupakan perzinahan dalam dunia monyet?

link BAHEIS
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/c72b933aa31e4d9a002573600080569b?OpenDocument

Jawapan BAHEIS:
Soalan no. 10, 11, 12,13,14,15, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, 25 dan 26 - hanyalah merupakan silap faham dan penafsiran tersendiri mereka yang murtad. Sila rujuk kepada penafsiran ayat-ayat Al-Quran dan Hadis yang muktabar bagi mendapat penjelasan yang tepat.

(Maaf saya copy paste dari Hadith Database berbahasa Inggeris) Hadith riwayat Bukhari:
Volume 5, Book 58, Number 188:
Narrated 'Amr bin Maimun:

During the pre-lslamic period of ignorance I saw a she-monkey surrounded by a number of monkeys. They were all stoning it, because it had committed illegal sexual intercourse. I too, stoned it along with them.

Perdebatan islam-keristian (sumber keristian).
http://www.answering-islam.org/Responses/Menj/she-monkey.htm

Anonymous (not verified)
Soalan repeat paper.SJ-16-0012 : Monyet berzina kena rejam?

tuan,
soalan lalu

merujuk soalan lalu,disini disertakan url jabatan agama tu
bahies

soalan no 21 tidak dijawap oleh panel islam hadari.harap tuan dpt jwp terus pd soalan no 21 tu.soalan2 yg tidak dijawab selain no 21 juga boleh juga tuan jwp sbg menambah pahala bulan pose utk kebaikan umat.
tapi jika boleh dahulukan soalan pasal monkey ni dlm hadis buhari.

jika tuan tidak menjawap pd sapa lagi tmpt utk mengadu.kebanyakan ust di malaysia hanya tahu bab haid dan nifas sedangkan akidah umat diserang kiri dan kanan .

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-16-0012 : Monyet berzina kena rejam?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Quote:
Soalan 21: Binatang Seperti Monyet Islam Harus Direjam Seperti Manusia Hadith berikut ini berbicara tentang para monyet yang kononnya adalah Muslim: "Pada zaman jahiliyah sebelum Islam saya menyaksikan seekor monyet betina dikelilingi oleh sejumlah monyet-monyet lain. Mereka semua melemparinya dengan batu, kerana monyet betina itu telah melakukan perzinahan. Saya pun ikut melempari batu bersama mereka".

- Apa yang disebut tentang kisah tersebut ialah penceritaan seorang tabieen yang bernama Amru bin Maimun. Cerita ini bukan daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam, dan bukan juga dari sahabat. Jadi, ia bukan hadis marfuk yg menjadi sandaran sumber agama.

- Tidak ada disebut dalam kisah itu, kononnya monyet itu muslim. Ia adalah tambahan orang yang melontar syubhah.

- Maksud zina dalam kisah itu bukanlah jenayah zina yg difahami dalam syarak. Kerana sepakat ulama Islam mengatakan tidak ada taklif terhadap orang yang tidak berakal, apatah lagi binatang.

- Maksud rejam dalam kisah itu juga bukanlah hukuman hudud. Tetapi gambaran yg berlaku antara monyet itu seperti ia direjam oleh monyet-monyet lain. Hal ini bukanlah pelik, kerana monyet adalah haiwan yang agak cerdik dan ada ghairah (cemburu). Sebagaimana ia mudah diajar.

- Kata Ibn Hajar: Tidak semestinya berlaku gambaran seperti zina dan gambaran seperti rejam di kalangan, bermaksud itu adalah zina sebenar dan hukumah hudud sebenar. Cuma disebut 'zina' dan 'rejam' kerana ada persamaan.

- Kisah ini juga bukanlah ada dalam semua nuskhah Sahih Bukhari. Hanya disebut dalam sesetengah nuskhah sahaja.

Wallahu A'lam