Assalaamu'alaikum wbt,
Saya adalah salah seorang moderator laman SusuIbu.Com ( http://susuibu.com ). Di dalam forum kami, ada pertanyaan berikut:-
"Isu semasa mengenai melamine dalam susu formula di China...tadi ada artikel dalam CNN tentang seorang wanita di China yang menjual susu badannya (milk nanny) dan di bayar dengan lumayan. Jadi saya nak tahu apa hukumnya menjual susu badan kepada orang yang bukan Islam.
"
( Ref: http://susuibu.com/modules/newbb/viewtopic.php?viewmode=thread&topic_id=3794&forum=4 )
Apakah hukum menjual susu ibu secara umum begini serta permasalahan berkaitan (contoh: pengurusan), dan jika dibenarkan, bagaimana pula masalah penjualan kepada non-Muslim? (Contoh isu yang berkait rapat: isu ibu susuan dalam konteks penjualan secara umum sebegini).
Sekian, terima kasih.
Wassalaam.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Didalam satu soalan yang di acukan kepada Ibn Utsaimin rh.(http://www.saaid.net/Doat/Zugail/217.htm) mengenai Bank Susu dimana berlakunya jual beli susu ibu. Berikut merupakan jawapan beliau :-
"Perkara ini adalah haram, tidak dibenarkan menubuhkan bank susu, kerana ini merupakan susu manusia! Kerana sesungguhnya berlakunya percampuran susu beberapa ibu dan tidak diketahui siapa ibunya. Didalam Syariah Islamiyah penyusuan membentuk mahram/perhubungan keluarga sebagaimana pertalian keturunan. Jika ia merupakan susu yang bukan dari manusia (eg: susu lembu), maka tidaklah mengapa."
Jawapan ini juga dipegang oleh Majma' al-Fiqh al-Islami (http://www.islamselect.com/mat/71966). Namun demikian, ada juga dikalangan ulama2 yang membenarkannya dengan membawa alasan disebab keperluan (http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-English-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaE&cid=1119503549312).
Sebagai langkah berhati-hati didalam menjaga nasab keturunan, penjualan susu ibu ini tidak dibolehkan, samada diantara orang Islam atau orang bukan Islam. WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين