SJ-05-0423 : Baca Dalam Hati Ketika Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0423 : Baca Dalam Hati Ketika Solat

Assalamualaikaum,

Ada satu kemusyhkilan tentang bab sembahyang.Tempoh hari semasa sembahyang di masjid saya ada terlihat seorang rakan sedang sembahyang waktu tetapi dari bermula sembahyang hingga akhirnya saya tidak terlihat mulutnya berkomat kamit membaca ayat-ayat yang lazim dibaca semasa sembahyang.
Semuanya beliau baca didalam hati,tidak dizahirkan bacaannya.
Beliau juga bukan bisu.
1) Apakah hukumnya dan adakah sah sembahyangnya.

SJ-05-0423 : Baca Dalam Hati Ketika Solat

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Sembahyang dengan membaca bacaan rukun (seperti Fatihah) hanya dalam hati, tanpa menggerakkan lidah atau bibir tidak sah. Kerana membaca Quran tanpa gerakan lidah tidak dinamakan bacaan.

- Imam Malik ditanya tentang seorang yang bersolat tanpa memperdengarkan suaranya kepada seseorang hatta kepada dirinya sendiri, dan tanpa menggerakkan lidahnya. Jawab Imam Malik, "Ini tidak dinamakan bacaan. Sesungguhnya bacaan ialah dengan menggerakkan lidah". (Al-Bayan Wa al-Tahsil Ibn Rusyd 1/490).

- Kata Al-Kasani, "Bacaan ialah dengan menggerakkan lidah menyebut huruf-huruf. Tidakkah kamu melihat seseorang yang bersolat, dan mampu membaca, jika dia tidak menggerakkan lidahnya ketika membaca, maka tidak sah solatnya". (Badai al-Sanai' 4/118).

Wallahu A'lam.