SJ-13-0496 : Penulis Buku 'Hayatul Hayawan'.

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0496 : Penulis Buku 'Hayatul Hayawan'.

:salam

Boleh saya tahu siapa sheik Ad Dumairi dan bukunya "Hayatul Hayawan "
Mohon maaf kerana kejahilan saya bertanya soalan.

SJ-13-0496 : Penulis Buku 'Hayatul Hayawan'.

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Ejaan yang betul ialah: Ad-Damiriy, bukan Dumairi. Ad-Damiriy ialah nisbah kepada Damirah, iaitu satu perkampungan di Mesir.

- Beliau ialah: Muhammad bin Musa bin Isa, yang lebih dikenali dengan al-Kamal al-Damiriy al-Misriy (wafat: 808H).

- Bermazhab Syafie, dan mahir dalam pelbagai disiplin ilmu; feqah, lughah, adab, dll. Antara kitab feqah beliau yang masyhur ialah "An-Najm al-Wahhaj" iaitu syarah kepada Minhaj Imam Nawawi. Dan antara kitab hadis beliau ialah: 'Al-Dibajah Syarah Sunan Ibn Majah'.

- Berguru dengan ramai ulama masyhur seperti Baha'uddin Al-Subki, dan Al-Isnawi.

- Bukunya 'Hayatul Hayawan' adalah salah satu karya utama beliau. Kitab yang menghimpunkan nama-nama haiwan dan membicarakannya secara terperinci dari pelbagai aspek. Disusun nama-nama haiwan mengikut aturan huruf Hijaiyyah (alif, ba, ta). Keseluruhan nama-nama haiwan (termasuk yang berulang) ialah sebanyak 1069.

- Buku 'Hayatul Hayawan' ini adalah antara faktor yang melonjakkan nama Al-Damiriy dalam ilmu zoology dan natural science. Menjadi ensiklopedia agong dalam bidang tersebut. Dan ia sudah diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa lain.

Wallahu A'lam.

abangjad (not verified)
Siapakah tokoh-tokoh Ini

:salam

Boleh ahli panel beritahu siapakah tokoh-tokoh berikut :

1. al arif Billah Abdullah bin As'ad
2. Al arif Billah Imam Abi Abdullah Umar Al-Quray,
3. Abu Rubai' Al Maliqy

Adakah tokoh-tokoh ini hidup sezaman dengan Ad Damiriy dan menjadi guru dan terlibat dalam buku beliau " Hayatul Hayawan "

SJ-13-0496 : Penulis Buku 'Hayatul Hayawan'.

Waalaikumussalam

Adapun al-arif billah Abdullah bin As'ad, beliau adalah guru kepada Ad-Damiriy yang disebut oleh beliau dalam kitabnya Hayat al-Hayawan.

Wallahu A'lam.