SJ-05-0460 : imam solat (kriteria)

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0460 : imam solat (kriteria)

salaamoalaykum..

apakah cara pemilihan imam solat yang betul..sebelum ini saya diajar dngan mengutamakan peringkat umur untuk seseorang itu diangkat sebagai imam solat. tetapi setelah mendengar ceramah dari seorang syeikh ini beliau menerangkan bahawa untuk mengimami solat jemaah, seseorang itu perlulah berdasarkan bacaan/hafalan quran kemudiaan sunnah yang seseorang itu ketahui dalam solat kemudiaan baru lah yang lain-lain..
ini berdasarkan alquran adalah yang paling tinggi dan sunnah adalah kedua terbesar selepas quran
boleh kah ustaz2 sertakan dalil2?

kin_han90 (not verified)
imam solat

pakah cara pemilihan imam solat yang betul..sebelum ini saya diajar dngan mengutamakan peringkat umur untuk seseorang itu diangkat sebagai imam solat. tetapi setelah mendengar ceramah dari seorang syeikh ini beliau menerangkan bahawa untuk mengimami solat jemaah, seseorang itu perlulah berdasarkan bacaan/hafalan quran kemudiaan sunnah yang seseorang itu ketahui dalam solat kemudiaan baru lah yang lain-lain..
ini berdasarkan alquran adalah yang paling tinggi dan sunnah adalah kedua terbesar selepas quran
boleh kah ustaz2 sertakan dalil2?

SJ-05-0460 : imam solat (kriteria)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.

Diriwayatkan dari Abu Mas'ud ra berkata : Rasulullah :saw bersabda :

íÄã ÇáÞæã ÃÞÑÄåã áßÊÇÈ Çááå ¡ ÝÅä ßÇäæÇ Ýí ÇáÞÑÇÁÉ ÓæÇÁ ÝÃÚáãåã ÈÇáÓäøóÉ
dir="ltr">"Mereka yang mengimamkan solat hendaklah mereka yang mempunyai pengetahuan/membaca kitab Allah, jika mereka sama didalam pengetahuan/membaca al-Quran, maka pilihlah mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai sunnah" [Hadith Riwayat Muslim #1530].

Didalam mensyarahkan hadith ini, Imam Nawawi rh menyebut bahawa mereka yang mempunyai pengetahuan didalam fiqh (terutamanya) solat hendaklah diberi keutamaan. Ini jelas kelihatan bahawa Nabi :saw telah memilih Abu Bakar ra. sebagai Imam dan bukan orang lain yang diketahui baik bacaan mereka daripada beliau. [Sharh al-Muslim, 5/177].

Imam Ibn Qudamah rh menyebut bahawa jika terdapat seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih didalam solat, dan terdapat juga seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak didalam bidang lain, maka hendaklah didahulukan mereka yang mempunyai ilmu didalam bidang solat [al-Mughni, 2/19].

Jelas menunjukkan bahawa Imam solat hendaklah dipilih dikalangan mereka yang mempunyai pengetahuan, dan bukan dari kalangan orang yang jahil. WA.

خيرالأمين