SJ-16-0026 : Nazar Dalam Hati

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-16-0026 : Nazar Dalam Hati

salam

saya dlm keadaan serba salah skrg...

hati sy terucap ayat yang kalau jwpn ni betul, sy akan puasa sekian2...tapi selepas tu sy rasa sy tak patut ucapkan ayat ni...ni dikira nazar ke?dan perlu ke sy tunaikan?...sy ade baca yang nazar kna sighah, kna lafaz...so sy nak tny ape status sy skang?adakah ini nazar dan perlukah sy tunaikan apabila jwpn tu betul?

sy seorg pelajar dan belajar di negara barat, kalau sy nak batalkan nazar, cmne sy nak buat dengan memberi makan 10 org miskin tu? sy tak tahu apa makanan ruji org kat negara ni. org barat ade ke mkanan ruji? boleh ke sy pilih utk puasa 3 hari?

Re: nazar

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Niat di hati tidak dinamakan sebagai nazar. Nazar hendaklah diucapkan dengan kata-kata. Kerana antara rukun nazar ialah Sighah. Maka dalam kes saudara, tidak wajib menunaikan apa yang diniatkan dalam hati, dan tidak wajib membayar kaffarah jika tidak melaksanakannya.

Dalam hadis sahih:
"Sesungguhnya Allah memaafkan bagi umatku apa yang dibisikkan oleh jiwa mereka, selagi tidak berkata-kata dengannya atau beramal". Direkod oleh Bukhari (no: 4968) dan Muslim (no: 127).

Wallahu A'lam.