SJ-12-0368 : Lafaz cerai/talak perlu bersaksi

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0368 : Lafaz cerai/talak perlu bersaksi

:salam

Moga dirahmati Allah..

Pernikahan dan perceraian adalah antara 2 perkara yg tidak boleh dibuat main2 dan bersungguh2...lafaz pernikahan yg terbit dari wali akan sah dengan didengari oleh 2 org saksi...manakala bg lafaz perceraian tidak diperlukan...dia hanya perlu pada lafaz yg jelas dan niat untuk berpisah...

Keadaan semasa sekarang ini dengan kadar perceraian yg semakin meningkat...bagi mengurangkan kadar tersebut dan memenuhi tujuan perkahwinan dan menjaga maslahah ummah...boleh atau tidak lafaz perceraian juga memerlukan kepada saksi???....

Boleh tak pihak tuan panel memaparkan hujah2 yg pro saksi dan kontra saksi?...dan yg mana arjah??

Sekian, tkasih...:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Lafaz cerai/talak perlu bersaksi

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Jumhur ulama dari kalangan sahabat, tabien dan Imam-Imam Mazhab berpendapat bahawa tidak perlu saksi didalam penceraian, dan dikalangan mereka mengatakan kalau ada saksi sekali pun bukanlah disebabkan kewajipan.

Dikalangan Syiah (Ja’fari) dan beberapa ulama’ seperti Jamaluddin al-Qasimi dan Ahmad Shakir, saksi adalah syarat sah talak. Tanpa saksi, talak tersebut tidak sah. Cuma yang menjadi paradoksnya adalah, Nikah Mut’ah di kalangan Syiah tidak memerlukan saksi apabila sesuatu kontrak itu berakhir!

Firman Allah swt :-

فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمْسِكُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ أَوْ فَارِقُوهُنَّ بِمَعْرُوفٍ وَأَشْهِدُوا ذَوَيْ عَدْلٍ مِنْكُمْ وَأَقِيمُوا الشَّهَادَةَ لِلَّهِ
“Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata” [surah al-Talak : 2].

Pentafsiran ayat al-Quran ini yang telah memperlihatkan Ahmad Shakir dll mengatakan Talak memerlukan saksi. Jumhur ulama’ memahami ayat ini menjelaskan kepada perbuatan rujuk.

Al-Qurthubi berkata, “Firman Allah swt: ...dan persaksikanlah ...memerintahkan kepada kita untuk mendatangkan saksi semasa talak. Ada pula yang berpendapat bahwa harus mendatangkan saksi semasa rujuk. Yang jelas, keharusan persaksian itu adalah dalam rujuk, tidak dalam talak. Kemudian, persaksian itu hukumnya mandub (sunah) menurut Abu Hanifah, seperti firman Allah swt, sebagaimana persaksian melakukan jual beli. " Sedangkan menurut Imam Syafie, persaksian itu wajib dalam rujuk.

Didalam satu laporan di Arab Saudi, suami telah menceraikan isteri tanpa saksi, dan mereka telah pergi kepada syiekh untuk bertanya. Sheikh tadi menyuruh pasangan tersebut membawa 2 orang saksi yang menyaksikan suaminya melafazkan talak. Jika tidak, talak tersebut terbatal kata syeikh. Implikasi yang lebih besar akan berlaku akibat dari ini:

a. si suami boleh menceraikan isterinya berkali2 disebabkan tanpa saksi talak tersebut tidak sah. Dengan senang sekali si-suami boleh bermain-main dengan lafaz talak ini.

b. Talak dan rujuk ditangan suami. Jika saksi menjadi penentu kepada sebuah penceraian, maka hilanglah hak si-suami itu untuk menentukan masa depannya yang kemungkinan rumahtangganya sudah runtuh.

c. Bagi isteri yang dehaka, sudah tentu sukar untuk suami menceraikannya tanpa saksi. Bayangkan jika si-suami terpaksa menceraikan isterinya akibat tidak dapat memberi nafkah batin, sudah tentu dengan adanya saksi, keadaan itu memalukan beliau.

Hukum talak adalah HARUS, akan tetapi hukumnya berubah-ubah. Ia akan menjadi WAJIB apabila rumahtangga tersebut tidak dapat diselamatkan dengan keputusan hakim Mahkamah Syariah ataupun suami sudah bersumpah menceraikan isterinya. Ia menjadi HARAM jika suami mencerikan isteri didalam haid atau ketika telah suci tetapi baru disetubuhi. Ia akan menjadi SUNAT jika suami tidak dapat menunaikan nafkah batin dan menjadi MAKRUH jika menceraikan isteri tanpa sebab.

Kesimpulannya, jumhur ulama’ mengatakan sah talak tanpa saksi, dan jika didatangkan saksi, ia bukanlah satu kewajipan. Persoalan seperti ini tidak mungkin ulama’ salaf melihat dari satu aspek sahaja, tanpa melihat perpektif yang lebih luas. Lihat sahaja agama Kristian, pasangan suami-isteri tidak dibenarkan bercerai, tetapi realitinya, banyak sekali penceraian walaupun agama Kristian tidak mengizinkan penceraian. Imam Mazhab lebih teliti dalam melihat hukum perceraian ini dalam menafsirkan ayat al-Quran. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين