SJ-05-0533 : Was-Was tentang masuk waktu solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0533 : Was-Was tentang masuk waktu solat

Salam,

Saya ada masalah Was-Was. Masalah saya ialah dengan masuknya waktu solat. Contohnya apabila telah nyata masuk waktu solat (mengikut takwim jakim), saya masih was-was tentang masuknya waktu. Ini berterusan apabila saya sedang bersolat. Adakah yakin didalam hati (telah masuk waktu) perlu untuk sah solat? Masalah ini lagi teruk apabila saya berjemaah di masjid dimana jeamaah akan bersolat 10 minit selepas azan dimana saya masih lagi was-was.

Terima kasih dan Salam.

Re: Was-Was tentang masuk waktu solat

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Masalah yang saudara alami adalah masalah was-was dalam beribadah. Ia sebenarnya adalah gangguan daripada musuh kita semua iaitu Syaitan yang sentiasa mahu merosakkan amalan hamba-hamba Allah. Oleh itu, saudara wajib melawan perasaan dan lintasan-lintasan jahat tersebut. Dan sentiasa bersembahyang secara jemaah, selain berdoa kepada Allah supaya menyelamatkan ibadah saudara daripada diganggu dan dirosakkan oleh syaitan.

Dari sudut feqah, tidak semestinya yakin tentang masuk waktu solat. Cukup hanya dengan sangkaan yang kuat bahawa sudah masuk waktu. Antara sangkaan yang kuat ialah, menggunakan taqwim waktu sembahyang yang ada sekarang. Gunakan tanpa was-was.

Wallahu A'lam.