SJ - 2383 : KALIMAH SYAHADAH ( MENURUT B. ARAB )

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 2383 : KALIMAH SYAHADAH ( MENURUT B. ARAB )

:salam

Saya ada terbaca teks yg mana kalimah syahadah ditulis dengan lafaz La'ilaahaillallah Muhamma du rrasulullah

tetapi diteliliti ketika azan pula ialah Ashaduallailaahaillah Muhamma dar rasulullah

Adakah terdapat kesilapan di sini atau hanya masalah bahasa?

Terima kasih

Re: SJ - 2383 : KALIMAH SYAHADAH ( MENURUT B. ARAB )


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2383 : KALIMAH SYAHADAH ( MENURUT B. ARAB )

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara AHelmi di atas soalan tersebut .

Apabila disebut LA ILAHA ILLALLAHU MUHAMMADUR RASULULLAH ….maka bacaan sebenarnya ialah dengan “ MUHAMMADUR “ . ( berbaris depan pada huruf dal di dalam ejaan asal ~ Arab ) . Kalimah ( perkataan / ayat ) ini dikenali sebagai " Kalimah Tauhid " .( Perkataan yang menjadikan kita meyakini bahawa Allah Ta'ala itu Maha Tunggal sahaja )

Apabila bacaan itu dimulakan dengan “ ASYHADU AL LA ILAHA ILLALLAHU , WA ASYHADU ANNA MUHAMMADAR RASULULLAH “ …dibaca dengan “ MUHAMMADAR “ ( berbaris atas pada huruf dal di dalam ejaan asal di dalam B. Arab ) . Perkataan ini pula ( yang dimulai dengan "Asyhadu " ) dikenali sebagai " Kalimah Syahadah " ( Perkataan yang memperakui / mengiktiraf keesaan Allah Ta'ala ).

Sebabnya ialah kerana ada tambahan ayat , dan apabila ada tambahan ayat , sama ada di awal , tengah dan hujung sesuatu rangkap perkataan maka berubahlah cara bacaan menurut tambahan ayat tersebut.

Aspek ini adalah ditinjau drp sudut Ilmu Nahu ( Grammar / Tatabahasa ) di dalam B. Arab .

Namun jika kita membaca "MUHAMMADAR" dengan "...DUR " ataupun " MUHAMMADUR" dengan "...DAR" maka tidaklah merosakkan makna kalimah syahadah dan kalimah tauhid itu .

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam dan lebih lanjut , saudara digalakkan mempelajari Bahasa Arab dan lebih baik lagi dimulai dengan mempelajari menterjemah al-Quranul Karim menurut sistem “ Harfiah “ . Satu sistem yang berjaya melahirkan mereka yang “ celik “ di dalam menterjemah al-Quranul Karim di dalam masa yang singkat , Insya-Allah .

Sila lihat jawapan dan pandangan kami mengenai sistem pelajaran itu di dalam :

SJ - 2125 : BELAJAR MENTERJEMAH AL-QURAN SISTEM HARFIAH & SEJARAH PENGASASNYA
http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=9404


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
19 / Muharram / 1424 H
22 / Mac / 2003 M

SABTU – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum