009.1. (Fasal) Diyat

Primary tabs

(1) Diyat (denda pampasan) ada dua jenis:

1. Diyat berat, dan

2. Diyat ringan.

 


(2) Adapun denda yang berat ialah 100 ekor unta, yang terdiri dari:

- 30 hiqqah (unta betina berusia 3 tahun masuk 4 tahun)

- 30 jaza’ah (unta betina berusia 4 masuk 5 tahun)

- 40 khalifah (unta yang sedang bunting)

 


(3) Manakala diyat ringat iaitu 100 ekor unta yang terdiri dari:

- 20 ekor hiqqah

- 20 ekor jaza’ah

- 20 ekor bintu labun (unta betina berusia 2 tahun masuk 3 tahun)

- 20 ekor ibnu labun (unta jantan berusia 2 tahun masuk 3 tahun)

- 20 ekor bintu makhadh (unta betina berusia setahun masuk 2 tahun)

 


(4) Jika tidak ada unta, maka berpindah kepada nilai harganya. Menurut satu pendapat  (qaul qadim) berpindah kepada harga seribu dinar atau harga dua belas ribu dirham. Jika diperberatkan, ditambah sepertiga (1/3) atas jumlah berkenaan.

 


(5) Diyat pembunuhan karena tersalah bunuh (Khata’un mahdun/pembunuhan tanpa niat) diberatkan dalam tiga keadaan, iaitu:

1. Apabila seseorang membunuh di tanah Haram (Mekah)

2. Apabila membunuh pada bulan-bulan haram (Zulkaedah, Zulhijah, Muharam dan Rajab)

3. Membunuh orang yang mempunyai hubungan kekeluargaan yang diharamkan (mahramnya).

 


(6) Diyat membunuh perempuan dalah separuh dari diyat membunuh lelaki.

 


(7) Diyat membunuh Yahudi atau Nasrani adalah sepertiga diyat membunuh orang Islam.

 


(8) Manakala membunuh orang yang beragama Majusi, diyatnya ialah dua sepertiga dari sepersepuluh (atau 1/15) diyat orang Islam.

 


(9) Diyat membunuh nyawa dapat disempurnakan pada memotong dua tangan, dua kaki, hidung, dua telinga, dua mata, empat kelopak mata, lidah, dua bibir, atau hilang kemampuan bercakap, hilang penglihatan, hilang pendengaran, hilangnya deria bau, hilang akal, hilang zakar dan buah zakar.

 


(10) Dan diyat mudhihah (luka yang menembusi lapisan antara daging dan tulang serta menampakkan tulang berkenaan) dan gigi lima ekor unta.

 


(11) Dan dikenakan hukumah (pampasan bagi luka yang tidak ada diyatnya) untuk setiap anggota tubuh yang tidak bermanfaat

 


(12) Diyat membunuh hamba sahaya adalah dengan nilai harganya.

 


(13) Diyat membunuh janin dalam kandungan orang merdeka adalah seorang hamba sahaya samada laki-laki atau perempuan.

 


(14) Dan diyat membunuh janin dalam kandungan hamba sahaya adalah sepersepuluh harga ibunya.

 

Kategori Dokumentari: