Rayuan Derma Pembangunan Darul Kautsar

Primary tabs

:salam
Seperti yang dimaklumi oleh sebahagian besar ahli AAN, Pusat Pengajian Agama Darul Kautsar (PPADK) yang diasaskan oleh Maulana Mohd Asri sedang dalam proses pembinaan blok Akademik di Kuchelong, Bachok. Pembinaan untuk fasa ini adalah dalam ini adalah peringkat akhir tetapi masih memerlukan sumbangan kewangan lebih kurang RM60K.

Bangunan ini perlu disiapkan dengan segera kerana 2 rumah sewa yang sedang digunakan sekarang telah diminta oleh pemiliknya untuk dikosong pada hujung tahun ini. Ini bermakna ia perlu disiapkan selewat-lewatnya pada bulang depan iaitu Jan 2010 sekiranya pemilik memberi kelonggaran untuk mengosongkan rumah berkenaan pada bulan hadapan.

Disamping itu, lebih kurang RM20K juga diperlukan untuk menyiapkan kemudahan-kemudahan asas yang diperlukan terutamanya rumah sewa untuk asrama siswi.

Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk dalam bentuk:
1. Wang
2. Hutang
3. Bahan binaan

Sila lawati http://www.darulkautsar.net untuk keterangan lanjut.

:wassalam