SJ – 2227 : BENARKAH LAGU “ KERANAMU MALAYSIA “ BOLEH MEMBAW

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2227 : BENARKAH LAGU “ KERANAMU MALAYSIA “ BOLEH MEMBAW

Ana ada beberapa soalan.

1.Apa pendapat ustaz tentang lagu-lagu pada masa kini yang mengutarakan lirik yang agak melampau… seperti lagu “Keranamu Malaysia”… dan juga yang terbaru lagu yang dinyanyikan oleh artis Yasin …”Kerna Dia”… yang mana salah satu baris lagunya berbunyi… “kerna dia… bahagia…kerana dia….dll”… seolah-olah kebahagiaan yang dia perolehi adalah bukan daripada Allah S.W.T. ..saya hanya katakan “seolah-olah”… Ini kerana saya ada mendengar yang gugur syahadah seseorang itu melalui tiga perkara iaitu melalui hati, lidah dan perbuatan… Jadi… bagaimana dengan lagu-lagu tersebut… Ustaz saya di sekolah ada membicarakan tentang hal ini… tetapi beliau tidak menerangkan dengan jelas tentang hukum menyanyikan lagu tersebut? Dan ada sesetengah sahabat saya yang berpendapat bahawa itu hanyalah lagu… dan bukannya berlaku dengan I’tikad hati masing-masing… sekadar nyanyian semata-mata… Jadi saya agak keliru….dan apa pula pendapat Ustaz?

2.Dan jikalau salah menyanyikan lagu-lagu seumpama itu… bagaimana dengan masyarakat pada hari ini… kerana lagu-lagu seumpama itu turut menjadi siulan dan nyanyian mereka dalam kehidupan seharian?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2227 : BENARKAH LAGU “ KERANAMU MALAYSIA “ BOLEH ME


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2227 : BENARKAH LAGU “ KERANAMU MALAYSIA “ BOLEH MEMBAWA SYIRIK ?

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih sekali lagi kepada Saudara VhoutenJr di atas keperihatinannya terhadap agama Islam dan kerajinannya mempelajari agama Islam dengan cara bersoal-jawab .

Perkara-perkara yang boleh membawa kepada syirik dan kufur sebenarnya adalah satu isu yang perlu sentiasa diawasi oleh setiap orang Islam yang mendakwan mencintai agamanya . Kerana , jika tersalah-langkah , padahnya yang teramat besar akan mengundang.

Lantaran itulah kami juga tidak terlepas daripada membahaskannya , sama ada di dalam RUANGAN JAWAPAN FIQH ataupun di dalam RUANGAN UMUM , BERITA , INFO & ISU SEMASA .

Selain itu kami turut sama telah membicarakan perbezaan di antara KERANA dengan SEBAB menurut perspektif Ilmu Tauhid ( Aqidah ) . Perbicaraan dan permasalahan itu boleh diikuti di : SJ-1873: SEBAB-MUSABAB, TAQDIR & MASALAH MURTAD http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=8152

RINGKASAN JAWAPAN ITU ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Soalan ini mengingatkan ana kepada penerangan daripada Al-Fadhil Ustaz Kamaruddin Awang Basir, Mudir Ma’ahad Ehya’ Asy-Sharif , Gunung Semanggol , Perak Darul Ridzuan , tatkala beliau mengajar kami pelajaran Tauhid di sana di awal tahun 90’an ( beliau menjadi Mudir ketika itu ) . Beliau menyatakan begini ( lebih-kurang lah ye sebab ni dikira cakap ajuk ) :

“ Bagi setiap orang beriman, mereka hendaklah memahami perbezaan di antara SEBAB dan KERANA , lantaran kedua-duanya itu sebenarnya mempunyai makna yang berlainan. SEBAB adalah sebab-musabab, SEBAB ialah sesuatu yang kita boleh fikirkan kenapakah jadi begitu ? mengapakah terjadi demikian ? manakala KERANA pula merujuk kepada taqdir dan KETENTUAN ALLAH TA’ALA.

Jadi tidak salah andainya kita mengapa seseorang itu mati diSEBABkan termakan racun – sbg contoh – tapi mati itu adalah KERANA ianya sudah ditentukan ( ditaqdirkan ) oleh Allah Ta’ala. Di dalam Bahasa Arab kita namakan SEBAB itu sebagai “ illat “ ataupun “ sabab “ , manakala KERANA pula sering disebut sebagai “ LILLAH “ !. “

{{{ Tamat Penerangan Beliau }}} .

**************************************

PENJELASAN :

SEBAB-MUSABAB ialah “ cause and effect “ .

KETENTUAN ALLAH TA’ALA adalah “ Fate “ = Takdir @ Suratan Ilahi.

****************************************

BAGAIMANAKAH BOLEH GUGURNYA KEISLAMAN SESEORANG ITU ? :

Ya ! memang benar gelaran @ title ISLAM yang ada pada seseorang muslim itu boleh gugur disebabkan 3 perkara :

[="”blue”"] 1- Disebabkan lidahnya – seperti bertutur pertuturan yang boleh menyebabkan dia murtad.
2- Disebabkan perbuatannya – seperti kelakuannya yang boleh menyebabkan dia murtad.
3- Disebabkan kepercayaannya – seperti mempercayai satu kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad. [/]

Jadi , andainya seseorang itu berkata : “ Bagus ubat ni, kalau makan ubat ni nanti cepat sembuh “ ! . Maka perkataan ini hendaklah dirujuk kepada sejauh mana niat dan kepercayaannya . Kalau dia berkata demikian sebagai menyatakan bahawa MEMAKAN UBAT itu memang secara kebiasaannya ataupun lumrahnya BOLEH – MENYEBABKAN ( “ cause & effect “ ) SESUATU PENYAKIT ITU CEPAT SEMBUH , maka tidaklah dia murtad SELAGI dia tetap beriman dan percaya bahawa yang maha berkuasa menentukan segala-galanya termasuklah menyembuhkan dan menyakitkan adalah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Tapi andainya dia betul-betul percaya bahawa ubat itu adalah SEGALA-GALANYA , hinggakan dia memang percaya bahawa ubat itu mempunyai kekuasaan mutlak ( total ) seperti kekuasaan Allah Ta’ala, maka di saat itu sudah tidak syak lagi dia telah mempunyai satu keyakinan dan kepercayaan yang boleh menyebabkan dia murtad dan terkeluar daripada agama Islam , Wa Na’uzubillahi Min Dzalik !.

Begitulah juga dengan kata-kata : “ Dia tu mati disebabkan kemalangan “ . Perkataan ini TIDAKLAH MENYEBABKAN seseorang itu menjadi murtad selagi dia beriman bahawa kemalangan itu hanyalah sebab-musabab, tetapi semanya itu dibawah ketentuan taqdir Allah Ta’ala ( kerana Allah Ta’ala ).

Namun, saya kira, tiada umat Islam yang pernah mendapat didikan Tauhid yang secukupnya yang tergamak mempercayai sedemikian !.

Dan dalam hal ini, kita tidak boleh TERBURU-BURU dan SEWENANG-WENANGNYA ( semberono ) men “ takfir “ ( mengkafirkan ) kan seseorang yang bercakap sedemikian kerana hukum mentakfirkan seseorang yang pernah menjadi Islam , asalnya adalah tugas seseorang Mufti. Andainya kuasa men “ takfir “ ini diberikan kebebasan kepada sesiapa sahaja, maka akan huru – haralah sesebuah masyarakat Islam kerana timbulnya budaya saling kafir – mengkafirkan sesama umat Islam !.

‘Ala kulli hal ( walau bagaimana sekalipun ) , seseorang yang bertutur , berkelakuan dan mempercayai unsur-unsur yang boleh menyebabkan dia terkeluar daripada Islam ( murtad ) hendaklah dinasihati ( dikaunseling ) oleh pihak berwajib dan diselidiki sedalam-dalamnya akan niatnya melalui sesi kaunseling itu sehinggalah akhirnya Si Mufti ( ataupun pihak berkuasa ) boleh mengisytiharkan hukum seseorang itu. Dan , semua lafaz , perbuatan dan kepercayaannya juga hendaklah dilihat kepada Niat si pelakunya. Lalu, barulah ditentukan keadaannya dan hukum ke atasnya.

### Tamat Ringkasan & Petikan Jawapan Fiqh ke-1873 ###

****************************************

Berbalik kepada soalan saudara mengenai lagu “ KERANA MU MALAYSIA “ dan lagu yang dinyanyikan oleh Yasin . Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan “ KERANA “ kedua-dua lagi itu ? .

Jika “ KERANA “ di situ membawa maksud bahawa : Kerana Allah Ta’ala telah memelihara keamanan dan ketenteraman Malaysia dengan wujudnya para pemimpin dan rakyat yang sentiasa menjaga keharmonian dan kerukunan negara kita , maka TIDAKLAH PERKATAAN ITU BOLEH MEMBAWA SYIRIK ATAUPUN KUFUR .

Tapi jika pekataan “ KERANA “ itu dimaksudkan bahawa HANYA dengan sebab para pemimpin dan rakyat jelata yang reti menjaga keamanan Malaysia , tanpa adanya sebarang “ campur tangan “ ( taqdir ) Allah Ta’ala , dan Allah Ta’ala tidak berkuasa menentukan keamanan Malaysia . Maka sudah tentu perkataan ini boleh membawa syirik dan kufur terhadap Allah Ta’ala selaku Tuhan Yang Maha Berkuasa Dan Menguasai Alam Semesta !!! .

Menjadi syirik kerana ianya menafikan kekuasan Ilahi dan sekaligus menganggap bahawa kuasa para pemimpin adalah bersifat mutlak dan para pemimpin boleh melakukan apa sahaja walaupun tanpa izin daripada Allah Ta’ala . Sifat berkuasa mutlak ( penuh ) dan boleh melakukan apa sahaja tanpa izin dan bantuan sesiapa adalah sifat yang hanya layak dipakai oleh Tuhan semesta Alam , Allah Ta’ala .

Boleh menjadi kufur pula kerana ianya meletakkan manusia dan Allah Ta’ala itu setaraf . Setaraf di dalam kehendak ( iradat ) dan kuasa ( qudrat ) .

Menurut pendapat saya ( secara peribadi ) senikata lagu “ KERANAMU MALAYSIA “ tidaklah boleh dianggap secara semberono dan mudah-mudah sebagai lagu yang boleh menyebabkan kita syirik dan kufur . Ini disebabkan penulis lirik itu sendiri telah memulakan lirik itu dengan perkataan : “ PUJI DAN SYUKUR PADA ILAHI , ANUGERAHNYA TIADA TERKIRA . KEAMANAN , KEMAKMURAN …………. “ .

Manakala lagu yang dinyanyikan oleh Yasin tidaklah dapat saya berikan jawapan mengenainya , kerana sebelum sesebuah hukum itu boleh diputuskan oleh saya dan rakan-rakan di Al-Ahkam Online , kami perlu meneliti terlebih dahulu bagaimanakah lirik lagu tersebut . Ini sangat perlu agar kami tidak terburu-buru di dalam mengeluarkan hukum-hakam dan tidak pula melabelkan seseorang yang beragama Islam itu dengan cara yang tidak sepatutnya ( secara zalim ) .

Namun , usahlah kita berasa pelik jika ada pula lagu-lagu patriotik dan selainnya yang boleh membawa syirik , kufur dan murtad . Kerana lagu-lagu seperti itu - biasanya - bukanlah disusun oleh mereka yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai ajaran agama Islam , dan bukan juga ditulis oleh mereka yang mengambil-berat masalah halal-haram , iman-syirik dan islam –kufur !!! .

Seseorang mukmin yang beradab , lebih-lebih lagi dengan Tuhannya , sudah tentu tidak akan lupa untuk mengaitkan segala-galanya di tangan Allah Ta’ala secara mutlak dan terutama . Kerana itu orang-orang yang beradab sentiasa akan menjaga tutur-bicaranya agar tidak mengandungi sebarang maksud yang boleh membawa kepada syirik dan kufur serta murtad . Seperti dia akan berkata : “ Alhamdulillah , dengan izin dan kuasa Allah Ta’ala . Kita dapat hidup aman sentosa di bumi Malaysia . Tidak lupa kita juga berterima kasih kepada semua pemimpin dan rakyat , yang dengan sebab keharmonian merekalah kita masih dapat mengekalkan juga keharmonian negara kita tercinta ! “ .

Manakala orang-orang yang tidak memperdulikan masalah kufur , syirik dan murtad , sudah tentulah dia tidak akan memperdulikan tutur-katanya , walaupun kata-katanya itu boleh membawa kepada rosaknya iman dan gugurnya gelarannya sebagai seorang Islam . Kerana itulah sering kita dengar daripada orang-orang seperti ini : “ Kau jangan lupa ! kalau tidak kerana dia , kau tentu akan hidup sengsara . Kalau tidak kerana dia yang memerintah kita , dah lama dah kau mati anak-beranak . Kalau tidak kerana si fulan …………si fulan ………… si fulan ……..bla , bla , bla ……” . Orang-orang seperti ini tidak suka untuk “ melapikkan cakap “ mereka dengan menyebut terlebih dahulu “ KERANA ALLAH “ . Ini disebabkan di dalam hati-hati mereka sendiri ada penyakit kufur, syirik dan murtad , namun mereka sendiri tidak memperdulikan bahayanya penyakit seperti itu .

Semoga Allah Ta’ala menyelamatkan kita semua daripada kegelinciran lisan yang boleh mengakibatkan kegelinciran hati daripada landasan-Nya yang maha benar . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
1 / Dzulhijjah / 1423 H
2/ Febuari / 2003 M

AHAD – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum