SJ – 2500 : BASMALAH PARA NABI ‘A.S TERDAHULU

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ – 2500 : BASMALAH PARA NABI ‘A.S TERDAHULU

Al quran diturunkan semasa nabi Muhammad saw,begitu juga dengan bismillah, jadi adakah bismillah dibaca juga oleh nabi2 terdahulu ?, tolong huraikan.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: SJ – 2500 : BASMALAH PARA NABI ‘A.S TERDAHULU


æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊå

{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }

(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))

***********************
SJ – 2500 : BASMALAH PARA NABI ‘A.S TERDAHULU
{ Pelajaran & Pedoman Daripada Sirah Nabi s.a.w }

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara Solid di atas soalan yang dikemukakan .

Insya-Allah kami akan menjawab soalan itu dengan membentangkan jawapannya yang berbentuk pengajian as-Sirah an-Nabawiyah ( Perjalanan Hidup Baginda Rasulullah s.a.w ) .

Berikut adalah ringkasan Sirah Nabawiyah mengenai Hijrahnya Baginda Rasulullah s.a.w Ke Negeri Toif , iaitu di awal-awal perkembangan dakwah Islam di Mekkah ;

{ Apabila tekanan dan siksaan begitu dahsyat dirasai oleh umat Islam , maka umat Islam pun diperintahkan berhijrah . Sekelompok Para Sahabat r.a yang diketuai oleh Saidina Ja’afar at-Toyyar r.a ( Saidina Ja’afar, kekanda Saidina ‘Ali Bin Abu Talib r.a ) telah berhijrah ke Negara Habsyah ( sekarang dikenali sebagai Ethopia ) yang diperintah oleh seorang raja yang adil lagi saksama , Raja Najasyi yang ketika itu masih menganut agama ahlul kitab ( Kristian ) .

Manakala Baginda Rasulullah s.a.w sendiri bersama-sama anak angkatnya ; Saidina Zaid Bin Haritsah r.a telah berhijrah ke Negeri Toif demi mencari tempat dan masyarakat yang lebih suka menerima dakwah Islam berbanding dengan masyarakat Quraisy Mekkah .

Alangkah malangnya , impian Baginda Rasulullah s.a.w itu hancur-lebur apabila menerima ujian dan tribulasi yang tidak kurang hebatnya drp apa yang dilakukan oleh Quraisy Mekkah . Sudahlah dakwah Baginda Rasulullah s.a.w ditolak mentah-mentah , para pemuka Toif pula telah melayan Baginda Rasulullah s.a.w dengan layanan yang paling biadap .

Para pemuka Toif telah menyediakan beberapa kelompok pemuda dan kanak-kanak drp kalangan manusia yang bodoh untuk mengejek-ngejek Baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Zaid r.a . Bukan itu sahaja , bahkan mereka cuba pula menyakiti tubuh badan Baginda Rasulullah s.a.w ini dengan membaling batu-batu sehingga kedua-dua kaki Baginda s.a.w yang suci itu telah mengalir darahnya . Di dalam keadaan ini , Saidina Zaid r.a telah bertindak sebagai perisai kepada tubuh badan Baginda Rasulullah s.a.w sehingga Saidina Zaid r.a pula berlumuran darah akibat lontaran batu-batu yang mengenai kepalanya .

Baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Zaid r.a pun berundur sehingga berehat sebentar keletihan dan kesakitan di sebuah dusun kepunyaan kedua-dua anak Rabi’ah . Kedua-dua anak Rabi’ah ini walaupun sebelum ini memang telah memusuhi Baginda Rasulullah s.a.w dan berpakat dengan Quraisy Mekkah untuk memusuhi Islam , akan tetapi di saat ini hati kecil mereka mulai simpati kepada Baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Zaid r.a .

Kedua-dua anak Rabi’ah inipun menyuruh seorang khadam ( hamba ) yang bernama ‘Adas ( yang beragama Kristian ) untuk membawa kepada Baginda Rasulullah s.a.w dan Saidina Zaid r.a sepinggan makanan ( buah-buah anggur ) dan minuman .

Tatkala Baginda Rasulullah s.a.w mahu menyuap buah anggur ke mulutnya , Baginda Rasulullah s.a.w pun membaca BASMALAH . Perkara ini menyebabkan ‘Adas terkejut lalu dia pun berkata :

“ Wahai tuan !, perkataan itu ( Basmalah ) bukanlah perkataan yang berasal drp masyarakat sini “ .

Baginda Rasulullah s.a.w menyoal ‘Adas : “ Daripada manakah asalmu dan apakah agamamu ? “ .

“ Saya berasal drp kelompok masyarakat Nainawa dan beragama Kristian “ , jawab ‘Adas .

Baginda s.a.w pun berkata lagi : “ Oh , adakah kampung kamu itu adalah kampung seorang lelaki yang soleh yang bernama Yunus Bin Matta ? “ .

‘Adas terperanjat lagi seraya bertanya : “ Aik ! , bagaimana tuan boleh kenal pula dengan Yunus Bin Matta itu ? “ .

Jawab Baginda s.a.w : “ Itulah dia saudaraku . Dia adalah seorang Nabi , dan begitulah juga dengan diriku ini juga adalah seorang Nabi “ .

Sebaik sahaja ‘Adas mendengar pengakuan Baginda Rasulullah s.a.w itu , dia pun berhadap kepada Baginda s.a.w lalu mencium dahi , tangan dan kaki Baginda Rasulullah s.a.w yang suci itu . }

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

PEDOMAN DAN PELAJARAN DRP PERISTIWA DI ATAS :

1 – Setiap umat Islam , khasnya para ulama’ dan pendakwah mestilah sentiasa mencari jalan dan peluang untuk menyebarkan dakwah Islam . Mereka bukan sahaja mesti menanti peluang untuk itu , bahkan mereka sebenarnya wajib mencipta peluang untuk menyebarkan dakwah .

2 – Dakwah Islam yang sebenar tidak akan berdepan dengan kesenangan berlimpah-ruah dan tidak pula akan dihampar dengan permaidani merah . Adakah kita menyangka bahawa kita dengan begitu mudah akan masuk ke dalam syurga tanpa diuji oleh Allah Ta’ala dengan berbagai ujian ( hatta ujian kekayaan dan kesenangan ) ? . Oleh itu tribulasi dan ancaman yang dihadapi oleh para pendakwah dan aktivis gerakan Islam sebenarnya adalah SunnatulLah ( adat-resam kehidupan ) .

3 – Para pemimpin Toif telah melayan Baginda Rasulullah s.a.w dengan layanan yang paling biadap sehingga sanggup menyakiti kekasih Allah Ta’ala . Anak-anak muda yang jahat dan nakal telah digunakan demi memuaskan kehendak mereka .

Dan ini adalah satu bukti bahawa musuh-musuh Allah Ta’ala di mana juga dan di sepanjang zaman akan menggunakan kaedah yang sama , iaitu menggunakan samseng-samseng dan penjahat-penjahat untuk menakut-nakutkan , bahkan menyakiti para pendakwah Islam . Kerana itu tidak hairanlah jika di zaman sekarang kita sendiri melihat para pendakwah kita kadang-kadang terpaksa berdepan dengan golongan penjahat dan samseng seperti itu .

4 – Baginda Rasulullah s.a.w tidak mendoakan kecelakaan kepada penduduk-penduduk Toif , bahkan mendoakan agar nanti lahir satu generasi drp Kaum Toif yang akan menjadi pendokong setia kepada dakwah Islam . Doa ini menjadi kenyataan apabila muslimin Toif sendiri berada di barisan hadapan untuk menghadapi tentera Rom dan demi menyebarkan dakwah Islam ke negara-negara jajahan Rom .

Ini sebagai satu bukti betapa Baginda Rasulullah s.a.w sendiri tidak berputus asa dan sentiasa “ jauh pandangannya ke hadapan “ demi tercapainya cita-citanya agar Islam berdaulat di atas muka bumi ini .

5 – Baginda Rasulullah s.a.w membaca BASMALAH . Ini adalah satu pedoman bahawa walaupun di dalam keadaan dihina , diseksa , diuji dan disakiti , syiar-syiar Islam tetap didaulatkan dan ditonjolkan . Apakah kita terpikir selama ini mungkin disebabkan amalan kita yang kecil , akan tetapi ia boleh menjadi daya tarikan untuk manusia memeluk Islam !? . :super

6 – Agama Para Nabi a.s semuanya adalah sama dan mereka sama-sama membawa risalah Islam ke seluruh dunia dengan tema perjuangan mereka :


Ãóäö ÇÚúÈõÏõæÇú Çááøåó æóÇÌúÊóäöÈõæÇú ÇáØøóÇÛõæÊó

Ertinya : “ Sembahlah Allah semata-mata dan jauhilah segala apa yang disembah selain-Nya “ . ~ Surah an-Nahl : ayat 36 .

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

KESIMPULANNYA :

Bacaan BASMALAH itu sebenarnya memang telah diamalkan oleh nabi-nabi a.s terdahulu sebelum kedatangan Nabi Muhammad s.a.w . Kalau ianya tidak ada diamalkan oleh Para Nabi a.s itu , bagaimanakah ‘Adas boleh tahu bahawa kalimah BASMALAH itu sendiri adalah merupakan beberapa tanda yang seseorang itu adalah seorang Nabi ( Utusan Allah Ta’ala ) ataupun seorang yang beragama dengan agama yang benar ? .

Namun kami kira tidaklah perlu kami menghuraikan di sini apakah pula perbezaan di antara BASMALAH Para Nabi a.s itu dengan apa yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Begitulah juga , tidaklah perlu kami menyatakan bentuk Basmallah di antara Para Nabi a.s itu dengan beberapa bentuk BASMALAH yang diamalkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Sesungguhnya dengan kedatangan Baginda Rasulullah s.a.w dan risalah yang dibawanya telah cukup menjadi dalil bahawa kita tidak perlu bersusah-payah untuk mencari-cari apakah amalan yang pernah dilakukan oleh umat terdahulu dan Para Nabi a.s terdahulu .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

[="green"] #~@~#~@~#~@~#~@~#~@~#~@~# [/]

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 – FIQH as-SIROH an-NABAWIYYAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Muhammad Said Ramadhan al-Bouty ha
Halaman : 100 – 107
Terbitan : Darus Salam , Kaherah ( 1997 ) .

2 – FIQH as-SIROH an-NABAWIYYAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh Munir Muhammad al-Ghadban ha
Halaman : 166 - 169
Terbitan : Darul Wafa’ , el-Mansoura , Mesir . ( 1997 )

3- Kaset Ceramah : ISRAK & MIKRAJ
Oleh : Tuan Guru Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang ( Menteri Besar Terengganu Darul Iman )


æ Õáøì Çááå Úáì ÓíøÏäÇ ãÍãøÏ æ Úáì ÂÇáå æ ÕÍÈå æ Óáøã æÇáÍãÏ ááå ÑøÈ ÇáÚÇáãíä


æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
11 / Rabi’ul Awwal / 1424 H
12 / Mei / 2003 M

ISNIN – Bandaraya Kaherah

Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum