SJ-01-0052 : Sufi yang tak berdakwah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0052 : Sufi yang tak berdakwah

Apakah pandangan Islam mengenai orang-orang sufi yang tidak melakukan kerja dakwah , amar maaruf nahi mungkar dan gerakan Islam . Apa yang saya lihat akhir-akhir ini ada segelintir diantara mereka hanya duduk dalam kumpulan mereka sahaja . Mereka sajalah yang benar dan yang haq . Bukannya bermaksud untuk memperkecilkan golongan ini , sayapun bertarikat tetapi ada semacam berlaku sedikit kekeliruan dan kemusykilan di hati apa yang berlaku kepada golongan sufi , gerakan Islam dan lain-lain lagi golongan dakwah .

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0052 : Sufi yang tak berdakwah

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kito dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Tidak kira apa nama sesuatu badan 'agama', samada ianya berdasarkan tariqat (sufism) , fiqh, tawhid dsb; Jika mereka hanya melakukan Amr ma'ruuf (perintah melakukan kebaikkan) sahaja dan meninggalkan perintah mencegah kemungkaran, maka tidak sempurnalah Islam mereka. Tujuan Nabi diturunkan juga berdasarkan 'perintah melakukan yang baik, dan menegah kemungkaran'. Firman Allah swt :-

ÑõÓõáðÇ ãõÈóÔøöÑöíäó æóãõäúÐöÑöíäó áöÆóáøóÇ íóßõæäó áöáäøóÇÓö Úóáóì Çááøóåö ÍõÌøóÉñ ÈóÚúÏó ÇáÑøõÓõáö
“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu ” [al-Nisaa’ 4:165]

Kalau Nabi sendiri membawa berita gembira dan juga membawa amaran / peringatan, maka sudah tentu kita umat Islam tidak boleh lepas dari melakukan tanggung jawab ini. Untuk menjadi seorang Muslim yang berjaya (dikatakan benar2 Muslim) maka tugas Amr ma'ruuf dan Nahi mungkar mestilah dilaksanakan seiring :-

æóáúÊóßõäú ãöäúßõãú ÃõãøóÉñ íóÏúÚõæäó Åöáóì ÇáúÎóíúÑö æóíóÃúãõÑõæäó ÈöÇáúãóÚúÑõæÝö æóíóäúåóæúäó Úóäö ÇáúãõäúßóÑö æóÃõæáóÆößó åõãõ ÇáúãõÝúáöÍõæäó
“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. ” [Aal ‘Imraan 3:104]

Barangsiapa yang tidak mencegah kemungkaran, ini bererti dia redha dengan maksiat! Redha dengan maksiat itu sendiri merupakan Maksiat!! Ini menunjukkan tidak ada Imam pun didalam dada seseorang. Sabda Nabi :saw :

ãä ÑÃì ãäßã ãäßÑÇð ÝáíÛíÑå ÈíÏå , ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈáÓÇäå , ÝÅä áã íÓÊØÚ ÝÈÞáÈå æÐáß ÃÖÚÝ ÇáÅíãÇä
"Barangsiapa melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mmerubah dengan Tangannya, maka jika dia tidak mampu, maka merubahlah dengan lisanNya, dan jika dia tidak mampu, maka merubahlah dengan Lidahnya, dan itulah selemah-lemah Iman" [Riwayat Muslim #49]

Umat Islam yang terbaik, adalah Umat yang melaksanakan seruan kebaikkan dan juga mencegah kemungkaran! Firman Allah swt :-

ßõäúÊõãú ÎóíúÑó ÃõãøóÉò ÃõÎúÑöÌóÊú áöáäøóÇÓö ÊóÃúãõÑõæäó ÈöÇáúãóÚúÑõæÝö æóÊóäúåóæúäó Úóäö ÇáúãõäúßóÑö æóÊõÄúãöäõæäó ÈöÇááøóåö
“Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)” [Aal ‘Imraan 3:110]

Maka jika tidak wujud konsep mencegah kemungkaran, maka pincanglah Umat Islam, gerakkan atau apa-apa sahaja badan yang berTemakan Islam, dan tidaklah ia merupakan Umat terbaik jika tidak melakukan 2 tugas asas ini. Dengan berdasarkan paparan nas diatas ini, ketahuilah bahawa 'perintah melakukan ma'ruuf dan mencegah kemungkaran' merupakan ASAS Agama Islam sebagaimana yang disebut oleh Sheikh Muhammad ibn Ibraaheem al-Tuwayjri didalam bukunya Usul al-Din al-Islami. Sehinggakan seseorang yang fakir, yang tidak mampu melakukan sedekah, diseru agar melakukan tugas yang mulia ini. Berikut kami ambil cebisan petikan dari hadith Nabi :saw :

ÞáÊ : íÇ ÑÓæá Çááå ÃÑÃíÊ Åä ßÇä ÝÞíÑÇð áÇ íÌÏ ãÇ íÑÖÎ Èå ¿ ÞÇá : íÃãÑ ÈÇáãÚÑæÝ æíäåì Úä ÇáãäßÑ .
Aku berkata : Ya Rasulullah, apakah pandangMu jika dia seorang fakir (miskin) dan dia tidak ada apa-apa untuk memberi?. Sabda Nabi :saw : Melakukan yang ma'ruf dan menegah kemungkaran" [dari Abu Zarr, hadith riwayat al-Baihaqi, dikelaskan sebagai Sahih oleh al-Alban didalam al-Targhib #876]

Sekian, wassalam

خيرالأمين