SJ-01-0061 Beza aliran salafi, Imam Maturidi dan Imam Ashari

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0061 Beza aliran salafi, Imam Maturidi dan Imam Ashari

Assalamualaikum,

Boleh tak ustaz menerangkan perbezaan aqidah (yang saya dimaklumkan adalah yang furu') di antara aliran salafiya, dan juga aliran yg dibawak oleh Imam Maturidi dan Imam Ashari? Dan apakah aliran yg dibawa oleh keempat mazhab kita? Mestikah kita mengikut salah satu aliran-aliran ini? Terima Kasih

Wassalam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0061 Beza aliran salafi, Imam Maturidi dan Imam Ashari

:wassalam

Sudah sebulan lebih soalan anda terlantar dalam Bank Soalan al-Ahkam. ini kerana soalan anda tidak mungkin dapat disimpulkan dalam soal-jawab ringkas kerana ia termasuk soalan-soalan yang rumit dan kompleks kerana mahu tidak mahu ia akan masuk dalam perbahasan Ilmu Kalam yang memeningkan. dan pasti ia mengundang bantahan aliran asya'irah dan maturidiah.
Wbmnp kami cuba menjawab sekadar memenuhi hajat anda, manakala selebihnya kami akan syorkan bahan bacaan buat anda.

Pertama: Seputar kekeliruan istilah.

Aliran Salafiah adalah dari kalimah salaf yang bermaksud pendahulu umat (bahasa), manakala dari makna istilah ialah tiga generasi pertama Islam: sahabat, tabi'in atau tabi'-tabi'in, atau mereka yang tidak dapat pada diri mereka itu bid'ah agama.
Maka nama terbitan dari salaf ialah salafiyah yang bermaksud orang terkemudian yang berusaha menghidupkan ajaran salaf (Dr Abdul Rahman alZunaidi, alsalafiyah wal qadhaya al' asyr (Riyadh: Dar Isybiliya, 1998)

Aliran Salafiyah ini dinisbahkan kepada Syaikhul Islam Ibn Taymiyah yang menghidupkan semula manhaj salaf pada abad ke 7 hijrah, dan pada abad ke 12 oleh Syaikhul Islam Muhammad Abdul Wahab atTamimi.

Adapun akidah salaf dan salafiyah ini ialah akidah para salaf assoleh termasuklah akidah Empat Imam Besar madzhab), ialah akidah ASWJ yang asal di mana :
a. mereka menetapkan pola2 akidah berdasarkan naql (wahyu) ke atas aql
b. menolak takwil
c. membahagikan tawhid kepada rububiyah, uluhiyyah dan asma' wa sifaat

Kedua: faham Asya'irah dan Maturidi

Asy'ariah dinisbahkan kepada Imam Abu Hasan Ali bin Ismail al-Asy'ari, kelahiran Basrah (w.330H), manakala Maturidi ialah Imam Abu Mansur alMaturidi (kelahiran Samarkhand, w.333H). Kedua-dua tokoh ini terkenal kerana membendung faham Muktazilah, tetapi pengikut-pengikut dua Imam ini akhirnya dikenali dgn manhaj khalaf dalam akidah (Khalaf maksudnya kaum yang terkemudian). yaitu mereka melakukan takwil (merubah makna lafadz). Tidak banyak diketahui mengenai aliran Maturidi kerana bahan ilmiah mengenai aliran amat terhad, manakala aliran asya'irah adalah paling banyak kerana peranan pendiri aliran asy'ariyah Syafi'iy spt alGhazali, alJuwaini, alBaqilani, albaihaqi dan ia diterimapakai oleh khilafah Uthmani.
Salah satu fakta yang tidak diketahui ramai pengikut aliran asya'irah ialah Imam Abu Hasan alAsy'ari di penghujung usianya telah taubat dan kembali kepada aliran salaf seperti mana dalam kitab beliau 'alIbanah'.
Ciri-ciri utama aliran aasya'irah/maturidi ialah:

a. asya'irah tenggelam dalam takwil sifat2 Allah, maka ini bertentangan dgn akidah salaf.
b. mendahulukan akal dalam mentakwil perkara2 ghaibiyat' i'tiqad dan sifat-sifat Allah.
c. aliran ini dekat dgn ahli kalam dan faham muktazilah
d. cenderung dgn aliran tasawwuf
e. cenderung kepada filsafah. (Dr Mani' alJahni, alMausu'ah alMuyassarah fi adyan wal madzaahib, Riyadh: Darul Nadwa alAlamiyah, 1/88)

3. Apakah aliran yang diikuti oleh empat Imam madzhab?
Jawab: mereka menganut akidah salaf. Akidah empat Imam ini dibuktikan kesalafian mereka oleh Dr Muhammad bin Abdul Rahman alKhumais dan diedarkan percuma kepada semua bakal haji yang tiba di Saudi setiap musim haji dalam bahasa masing-masing. kitab itu ialah 'I'tiqad Aimmatil Arba'ah (Akidah Empat Imam Madzhab). Cuba tanya orang yang balik haji saban tahun dan mereka pasti menerima naskhah percuma Syaikh Khumais ini sebagai ole-oleh kerajaan arab saudi.

4. Mestikan kita mengikuti salah satu aliran ini?
Kita hendaklah kembali kepada akidah salaf, akidah Pendiri/Imam madzhab yang Empat dan kita hendaklah keluar dari akidah selain itu.

sekian