SJ-01-0082 : beza antara makruh dan bidaah

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0082 : beza antara makruh dan bidaah

assalamualaikum kpd para panel yg dihormati...

ade skit kemusykilan dr sy...

- ape beza antara bidaah dan hukum makruh ? adakah betul kedua2nya adalah perkara yg nabi saw tak buat @ bagaimana ?

- bidaah yg sy tau perkara yg tidak nabi lakukan ttpi dilakukan kini oleh umatnye dan penilaian dibuat samada ia hasanah @ dolalah dan klu makruh cthnye dlm berwuduk ade perkara yg dimakruhkan bermakna nabi tak buat ( betulkan sy sekiranya tersilap... ::roll: )

Harap ade yg sudi membantu . syukran ::lol:

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0082 : beza antara makruh dan bidaah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

untuk memahami pengertian bidaah, dan adakah ia terbahagi kepada hasanah dan sayyiah, boleh dirujuk:
-artikel yang ditulis oleh Ustaz Kamin bertajuk: Bidaah: Satu Tinjauan
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=8127

-e-book Dr Asri bertajuk: Bidaah Hasanah: Istilah Yang Disalahfahami
http://www.al-ahkam.net/home/upload/dl/Islam/E-book_-_Melayu/B_Hasanah_IstilahYg_Disalahfahami.zip

Quote:
ape beza antara bidaah dan hukum makruh ?

Bidaah ialah: "suatu ibarat yang berkisar pada masalah-masalah agama. Dilakukannya menyerupai syariat dengan cara yang berlebihan dalam mengabdikan kepada Allah swt."

Makruh ialah: Suatu yang dilarang oleh syarak dalam bentuk larangan secara tidak ilzam. dari segi hukumnya: jika ditinggalkan, mendapat pahala, dan jika dibuat, tidak pula berdosa.

Quote:
adakah betul kedua2nya adalah perkara yg nabi saw tak buat @ bagaimana ?

Perkara bidaah, sudah pasti tidak pernah dilakukan oleh Nabi, kerana erti bidaah itu sendiri: ialah amalan ibadat yang direka cipta selepas sempurnanya syariat. Tidak mungkin Nabi ada melakukan bidaah.

Manakala makruh, tidak semestinya tidak pernah dilakukan oleh Nabi. Malahan, dalam sesetengah kes, Nabi melarang sahabat melakukan sesuatu perkara, tetapi Nabi melakukannya sekali sekala untuk menunjukkan bahawa larangan itu bukannya secara ilzam atau bermaksud haram. tetapi bermaksud makruh tanzih.

contohnya:
Sabit dalam hadis2, Nabi melarang sahabat2 minum sambil berdiri. jika mengikut kaedah asal, larangan bererti HARAM. Tetapi ada kes, Nabi SAW minum sambil berdiri. ada ulama mengatakan: tujuannya untuk memberi isyarat bahawa larangannya bukannya HARAM, tetapi MAKRUH.

kesimpulan: Bidaah tidak pernah dilakukan oleh Nabi, tetapi perkara Makruh kadang2 dilakukan Nabi atas tujuan2 tertentu, seperti: menerangkan keharusan, atau di sana ada hajat lain.

wallahu a'lam.