SJ-01-0128 : Pengaruh Nombor

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0128 : Pengaruh Nombor

:salam

Disini saya ada kemusykilan ttg pengaruh nombor dlm masyarakat Melayu Islam di Malaysia.

Seperti yg kita ketahui, pd hari ini tarikh yg dianggap istimewa kerana banyaknya nombor lapan didalamnya. Saya difahamkan ramai juga umat Melayu yg beragama Islam mengambil kesempatan membuat majlis pada hari ini contohnya hari pernikahan kerana 'istimewa'nya tarikh hari ini. Juga kita ketahui, kaum Tionghua menganggap ia berkaitan 'tuah' dan sbgnya.

Soalan saya, bagaimana jika seorg Muslim membuat sebrg majlis atas dasar suka-suka pd hari ini contohnya kerana pengaruh kaum lain. Apakah ia dikira tasyabbuh atau bagaimana?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-01-0128 : Pengaruh Nombor

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Dalam permasalahan ini , ianya bergantung kepada niat seseorang.

Sekiranya , kita menjalankan satu-satu majlis pada suatu tarikh tertentu dengan tujuan dan niat hanya untuk menjadikan ianya suatu majlis yang unik tanpa mengaitkannya dengan sebarang'tuah' atau 'berkat' yang di anggap ada pada tarikh tersebut , maka hukum adalah dibolehkan.

Sebagai contoh , ada orang ingin melangsungkan perkahwinannya pada tarikh 06.06.06 , 07.07.07 , 08.08.08 dan sebagainya kerana tarikh tersebut dilihat sebagai satu bentuk yang mempunyai keunikkan dan kelainan yang mana semua nombor samada pada tarikh bulan dan tahun adalah sama.

Maka ini jelas adalah dibolehkan.

Apa yang menjadi masalah , ialah apabila kita mengaitkkannya pula dengan segala macam tuah dan berkat pada tarikh tersebut.Maka inilah yang dikatakan tidak boleh dalam Islam.Malahan perkara ini boleh membawa kepada syirik dan merosakkan aqidah lantaran menganggap tuah datangnya dari tariktarikh tertentu , dan bukannya dari Allah swt.

Begitu juga dengan masyarakat cina yang menganggap nombor 4 adalah nombor yang membawa 'sial' atau malapetaka.Sebab itu msyarakat cina tidak suka dengan nombor tersebut..., malahan mana-mana lif bangunan yang dibina oleh kontraktor cina tidak akan diletakkan nombor 4 dalam lif tersebut.Hanya akan ditulis sebagai tingkat 3A atau 5A bagi menggantikan no 4.

Ini satu sikap dan anggapan yang ditentang oleh Islam dan bercanggah dengan akidah Islam yang meletakkan setiap perkara itu ditentukan dan datangnya dari Allah swt.

Menganggap sesuatu nombor membawa tuah atau mengundang bencana bukan sahaja menyerupai (tasyabbuh) dengan pegangan orang kafir tersebut , malah yang lebih teruk sekali ialah ianya membawa kepada syirik dan rosak akidah.....wal 'iya zubillah.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com