SJ-03-0049 : kasut kena gigit anjing??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0049 : kasut kena gigit anjing??

ada orang tanya..

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

1. Bahagian dalam kasut yang digigit anjing dan kemudiannya saya
memakai kasut tersebut, adakah sarung kaki yang dipakai tersebut
juga menjadi najis?

2. Bagaimanakah hukumnya jika sarung kaki tersebut dicuci bersama
pakaian-pakaian yang lain?

3. Apa yang perlu saya lakukan dan bagaimanakah caranya?

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-03-0049 : kasut kena gigit anjing??

ÇáÌæÇÈ
1. Bila kasut digigit anjing ia tidak najis kerana bila anjing perburuan menggigit dan menggonggong tangkapan, tidak diperintahkan membasuhnya. Dalil: " maka makanlah apa yang ditangkapnya (anjing buruan) untukmu" QS alMaidah 05: 04. Ini pendapat Fiqh Malikiah dan disokong oleh alQardhawi (Fiqh Thaharah)

Fiqh Syafi'iy: Kasut itu menjadi najis kerana diqiaskan dengan jilatan anjing pada bejana dan wajib dibasuh 7X dan satu kali dgn tanah.

2. Stokin itu boleh dibasuh dengan kain-kain yang lain.

Fiqh Syafi'iy juga membolehkan stokin itu dibasuh dengan sabun menurut satu pendapat (demikian kata alNawawi dlm alMajmuu' syarh alMuhadzaab 2/583, disahkan oleh alQardhawi dalam Fiqh Thaharah.

3. Jika anda memilih fiqh Malikiah, tidak ada apa yang perlu dilakukan. Jika anda memilih fiqh Syafi'iy, maka ikutilah cara-cara spt di atas, kasut itu hendaklah di basuh 7X. sekian