SJ-04-0057 : baru masuk islam

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0057 : baru masuk islam

salam,
Apakah dalil yg benar berkenaan dengan perlunya seorang yang baru memeluk islam untuk mengangkat hadas besar?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-04-0057 : baru masuk islam

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Firman Allah swt :-

íóÇ ÃóíøõåóÇ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ ÅöäøóãóÇ ÇáúãõÔúÑößõæäó äóÌóÓñ
dir="ltr">"Wahai orang yang beriman sesungguhnya orang Musyrikun itu adalah najis....." [Surah al-Taubah : 28]

Imam al-Qurthubi didalam mentafsirkan ayat diatas menyebut : Qatadah, Ma'mar bin Rashid dan lain2 mengatakan bahawa NAJIS disini bermaksud Junub, maka mandi tersebut adalah menghilangkan dari kotoran Janabah. Pandangan Hasan al-Basri pula mengatakan bahawa barangsiapa yang bersalam dengan orang Musyrik hendaklah dia berwudhu'. Kebanyakkan mazhab mewajibkan mandi keatas orang kafir apabila dia memeluk agama Islam, kecuali Ibn Abdul Hakim yang mengatakan tidak wajib, dengan alasan Islam menghapuskan kesalahan yang lampau. Abu Thawr dan Imam Ahmad mengatakan wajib mandi. Imam al-Syafie mengatakan beliau amat menyukai jika mandi, termasuklah pandangan Ibn al-Qasim. [Ringkasan dari al-Jaami' al-Ahkam al-Quran, 8/66].

Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa :-

ÈÚË ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÎíáÇ ÞÈá äÌÏ ÝÌÇÁÊ ÈÑÌá ãä Èäí ÍäíÝÉ íÞÇá áå " ËãÇãÉ Èä ÃËÇá " ÝÑÈØæå ÈÓÇÑíÉ ãä ÓæÇÑí ÇáãÓÌÏ ¡ ÝÎÑÌ Åáíå ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÝÞÇá : ÃØáÞæÇ ËãÇãÉ ¡ ÝÇäØáÞ Åáì äÎá ÞÑíÈ ãä ÇáãÓÌÏ ÝÇÛÊÓá Ëã ÏÎá ÇáãÓÌÏ ÝÞÇá : ÃÔåÏ Ãä áÇ Åáå ÅáÇ Çááå æÃä ãÍãÏÇð ÑÓæá Çááå
dir="ltr">"Nabi :saw menghantar beberapa pasukan tentera kearah Najd, dan mereka membawa seorang lelaki dari Banu Hanifah yang bernama Thamaamah ibn Athaal dan mengikatnya disalah satu tiang dimasjid. Nabi :saw keluar dan berkata : bukakan ikatan Thamaamah! Kemudian dia (Thamamah) telah pergi ke pokok tamar berdekatan masjid dan MANDI kemudian masuk masjid dan mengucap syahadatain" [Hadith Riwayat Bukhari #4114, Muslim #1764].

Demikian merupakan contoh dalil kepada perbuatan mandi Janabah bagi orang yang memeluk agama Islam. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين