SJ-05-0061 : Hukum doa duduk antara dua sujud

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0061 : Hukum doa duduk antara dua sujud

:salam
Apakah hukum doa ketika duduk antara dua sujud dalam solat ? Adakah ia rukun atau sunat?

:wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Hukum doa duduk antara dua sujud

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr mie dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Perbuatan duduk diantara dua sujud dan bertoma'ninah adalah merupakan salah satu dari rukun solat. Wajib dilakukan pada setiap rakaat (æíÌÈ Ãä íßæä Ðáß Ýí ßá ÑßÚÉ) - [Fiqh Manhaji 1/138].

Bacaan do'a sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi :saw, hukum membacanya adalah Sunnat. Berkata Syiekh Nasyiruddin al-Albani rh. (didalam Ringkasan Sifat Solat Nabi :saw, bahagian 115-116) :-

æíÞæá Ýí åÐå ÇáÌáÓÉ: " Çááåã ÇÛÝÑ áí¡ æÇÑÍãäí¡ æÇÌÈÑäí¡ æÇÑÝÚäí¡ æÚÇÝäí¡ æÇÑÒÞäí ".
æÅä ÔÇÁ ÞÇá: " ÑÈ ÇÛÝÑ áí¡ ÑÈ ÇÛÝÑ áí ".

"Semasa duduk berkata "Allaahumma ighfir li warhamni wajburni, warfa’ni, wa’aafini warzuqni (Ya Allaah, ampun aku, rahmatilah kami, kuatkan kami, tinggikanlah status kami, ampun kami dan berilah aku reski)."
"Jika ia mahu boleh membaca :""Rabbi ighfir li, Rabbi ighfir li" (Ya Tuhan ampunilah daku, Ya Tuhan ampunilah daku)"

Kesimpulannya, yang menjadi rukun adalah perbuatan duduk diantara 2 sujud beserta dengan toma'ninah, dan disunatkan membaca lafaz do'a sepertimana yang dinyatakan diatas. :aklam

wassalam
===========
Rujukan :

1. Dr Mustafa al-Khin [et al]. al-Fiqh al-Manhaji - 1. cet. 4. Dasmyik : Daar al-Qalam, 2000. ms 138.

2. Syeikh Nasyiruddin al-Albani. Sifat Salaat al-Nabi saw min al-Takbeer ila al-Tasleem . URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewtopic.php?t=10647

خيرالأمين