SJ-05-0105 : Beberapa soalan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0105 : Beberapa soalan

:salam

1. Bagaimanakan berdoa masa solat yg tak membatalkan solat.

2. Solat dulu2 yang tak buat camana nak qadha

3. Semasa nak sujud, jatuh tangan dulu atau lutut dulu.

sekian.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0105 : Beberapa soalan

:wassalam

alJawab:

1) Berdo'a yang tidak membatalkan solat:

a) berdo'a ditempat yang dianjurkan berdo'a, antaranya:

i) ketika sujud, dalil: Dari Abu Hurairah (sedekat-dekat hamba dgn Rabb-nya ialah ketika sujud, kerana itu perbanyakkanlah berdo'a" (Muslim, albani, sahih aljaami' # 1175)

ii) selepas tasyaahud sebelum salam
HR atTermidzi dari Ibn Mas'ood, disahihkan oleh al-Albani dalam alMisykah #931.

b) berdo'a dengan do'a2 yg makthur (diajar dan diterima dari nabi SAW bukan kata2 kita sendiri)

2. Imam Ibn Taymiyah memberi jalan keluar bahawa hendaklah bertaubat nasuuha, membanyakkan solat sunat, bersedeqah dan ibadah lain. Ini kerana hukum solat qadha' yg lupus dgn sengaja ini tidak ada. (Fiqh Sunnah)

3. Khilaf fiqhi (diperselisihkan)

Madrasah salafiyah Syria, pimpinan Imam al-Albani, jatuh tangan dulu.
Madrasah salafiyah KSA (arab saudi), jatuh lutut dulu.
Maka kedua-duanya dibolehkan.

sekian