SJ-05-0152 : Solat Sunat Terawikh

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0152 : Solat Sunat Terawikh

assalammualaikum
Alhamdulillah,
Kita sebenarnya tak perlu bertegang urat untuk bincang 8 rakaat atau 20 rakaat solat sunat Terawikh, cuma nak tanya akhi yang arif bab ini, yang mana lebih afdal buat 8 atau 20 rakaat.tu aje. sebenarnya dah ada ustaz pesan jangan bertengkar bab bahas 8 atau 20 rakaat solat sunat terawikh ini, cuma nak minta pendapat akhi semua berkenaan bab ini secara harmoni.

SJ-05-0152 : Solat Sunat Terawikh

:wassalam

alJawab:

Benar sekali, seluruh para Imam muhaqqiqin menasihatkan kita jangan bertegang urat dalam menentukan bilangan raka'at solat tarawih. Apa yang mereka risaukan ialah bid'ah solat tarawih express di beberapa tempat di dunia Islam, di mana mereka menamatkan20 raka'at tarawih dengan hanya 20 minit sahaja dengan bacaan express. Ini memang tak betul.
Manakala bilangan 8 atau 20 atau 36 atau 40 itu hendaklah disepakati dan dilihat kekuatan makmum disesebuah mukim. jika mereka kuat dan mampu berdiri lama, maka 8 adalah terbaik, jika mereka cepat letih dan banyak yang udzur, maka 20 adalah ideal. Ini adalah fatwa Dr Qardhawi dalam Fiqh Siyyamnya. sekian