SJ-05-0287 : Niat Solat Berlainan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0287 : Niat Solat Berlainan

:salam

bolehkah solat berjamaah tetapi makmum dan imam berlainan niat contohnya makmum niat solat witir manakala imam niat solat tarawih

SJ-05-0287 : Niat Solat Berlainan

wa'alaikumussalam.

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, insya-Allah.

Makmum boleh mengikut Imam yang berlainan niat solatnya, eg: tarawih dan witir, maghrib dan isya' dsb. Pendapat ini merupakan pandangan Mazhab al-Syafie dan pengikut Imam Ahmad. al-Mardaawi mengatakan bahawa Ibn Taimiyah dan datuknya juga cenderung kepada pendapat ini [al-Insaaf, 4/413]. WA

Sekian, wassalam

خيرالأمين