SJ-05-0351 : Cara Solat Pelbagai Mazhab

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0351 : Cara Solat Pelbagai Mazhab

Assalamualaikum.

Soalan saya berkisar dgn solat pelbagai mazhab.

1. Bagaimanakah kita nak bersolat berjemaah ditempat yg bermazhab lain (contoh di Iraq - mazhab Imam Abu Hanifah)? Perlukah kita berniat utk solat cara mazhab itu atau boleh kita ikut mazhab sendiri dan berjemaah dgn mereka?

2. Kalau perlu ikut cara solat mazhab tersebut, apakah beza solat mazhab Syafie dan mazhab Abu Hanifah selain dari doa Qunut?

3. Boleh ke kita bersolat dlm mazhab kita (Syafie) tetapi mengambil pandangan mazhab yg lain.
* Contohnya mazhab Imam Abu Hanifah berpendapat tidak batal solat kalau kita berniat utk batalkan solat, tapi mazhab Syafie berpendapat batal solat tersebut. Jadi boleh ke kita yang sedang solat secara imam Syafie ni, mengambil pandangan tersebut dan terus bersolat walaupun telah berniat utk batalkan solat?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-05-0351 : Cara Solat Pelbagai Mazhab

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Perbezaan mazhab tidak sepatutnya menjadi sebab kepada perpecahan dan tidak patut menjadi penghalang seseorang berjemaah bersama-sama dengan saudara seIslamnya yang berbeza mazhab. Lihatlah para sahabat Nabi SAW, yang mempunyai pelbagai pendapat yg berbeza dan di kalangan mereka adalah mujtahid-mujtahid agong. Tidak pernah berlaku di zaman mereka ada sahabat yang tidak bersolat bersama-sama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dll hanya disebabkan perbezaan pendapat feqah.

2. Sebagai seorang yang mempelajari feqah melalui mazhab Syafie, anda tidak diwajibkan untuk mempelajari mazhab Hanafi semata-mata mahu bersolat dengan pengikut mazhab Hanafi. Bersembahyanglah sebagaimana yang anda pelajari, dan perbezaan pendapat dalam beberapa perkara furuk tidak menjejaskan solat anda atau solat mereka.

3. Berkenaan mengambil pendapat mazhab lain, telah kami jawab di sini: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=34756