SJ-05-0442 : Bacaan Fatihah Bagi Makmum

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0442 : Bacaan Fatihah Bagi Makmum

satu lagi soalan..
bagaimanakah bacaan fatihah yang betul dibelakang imam?apa yang dijelaskan sebelum ini tidak jelas sangat. jadi boleh jelas kan adakah kita perlu senyap dan hanya mendengar bacaan imam?atau pun kita ikut bacaan imam satu persatu? ini kerana kita tidak boleh mendahului imam

SJ-05-0442 : Bacaan Fatihah Bagi Makmum

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Persoalan membaca Fatihah bagi makmum dalam solat jemaah sudah kerap kali diajukan dan dijawab. Yang terkini ialah jawapan Al-Fadhil Ust kamin:

SJ-05-0432 : Bacaan Fatihah Dalam Sembahyang Berjemaah
URL: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=36975

Bagi mereka yang cenderung dengan pendapat wajib membaca Fatihah walaupun dalam solat jahriyyah bersama imam, tidak semestinya bacaan Fatihah hendaklah dibaca mengikut imam satu persatu, sehingga tidak boleh mendahului imam.

Kerana arahan syarak supaya jangan mendahului imam, ialah dalam perbuatan-perbuatan zahir.

Kata Imam Nawawi: "Manakala sabda baginda 'Sesungguhnya dijadikan imam supaya dia diikuti' maksudnya di sisi Imam Syafie dan segolongan ulama ialah pada perbuatan-perbuatan zahir". (Syarah Sahih Muslim 4/134)

Wallahu A'lam.