SJ-05-0489 : Susunan saf di surau yang padat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0489 : Susunan saf di surau yang padat

Salam,

Sekarang ni bulan puasa, ramai jemaah di surau/masjid sehingga ruang menjadi sangat padat. Di surau tempat saya solat, ruang berdinding di tengah surau dibahagikan kepada dua, beberapa saf depan untuk lelaki, kemudian dipisah pemidan untuk beberapa saf belakang untuk perempuan. Walau bagaimanapun,

-ruang luar diding belah kanan untuk makmum lelaki, jadinya hanya beberapa saf sahaja selari dengan makmum lelaki di dalam, yang lain samada selari dengan saf wanita di dalam bahagian surau, atau di belakang saf mereka (dipisah dinding).

Sahkah solat kami yang selari dengan saf wanita di dalam, ataupun di belakang saf wanita (dipisah dinding).

Re: Susunan saf di surau yang padat

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلانم على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Hukum saf wanita selari dengan saf lelaki, jika antara makmum wanita dan makmum lelaki ada penghadang seperti dinding atau ada ruang yang memisahkan antara mereka (walaupun ruang sekadar seorang berdiri) maka ia tidak merosakkan sembahyang,di sisi semua mazhab.

Khilaf cuma jika wanita berdiri bersebelahan dengan lelaki secara berdekatan tanpa dinding dan tanpa ruang. Maka Hanafiyyah mengatakan batal sembahyang lelaki yang disebelahnya. Manakala jumhur tidak membatalkan sembahyang.

Jadi, dalam kes yang saudara ajukan, terdapat dinding pemisah antara lelaki dan wanita. Hukumnya adalah sah sembahyang di sisi semua mazhab, Alhamdulillah.

- Majmuk 3/331
- Tabyin al-Haqaiq 1/138

Wallahu A'lam.