SJ-05-0518 : Qiraat dalam Solat

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0518 : Qiraat dalam Solat

Salam,

1 ) Imam di tempat saya solat dengan qiraat Warash masa terawikh. Tetapi dalam rakaat pertama dia baca Maalikiyaumiddin (bacaan biasa). Boleh ke rakaat satu guna qiraat yg kita biasa guna, rakaat kedua guna Warash?

2) Bila imam baca AlFatihah dengan qiraat warash, adakah makmum baca sendiri kene ikut qiraat sama? Sebab tak biasa, esp Maalikiyaumiddin tu dalam Warash; Mayaumiddin

3) Kalo time baca al-Fatihah contohnya ayat akhir Siraatal... Waladhallin tu, time waladdallin abis nafas or salah sebutan, adakah perlu ulang dari Siraatal? Bagaimana dengan ayat2 Al-Fatihah yg lain, i.e Arrahmaanirrahim, adakah boleh sebut arrahim saje kalo salah kat Rahim tu.

Trimas...

albaruhiyy (not verified)
Re: Qiraat dan sebagainya - solat

:salam
بسم الله الرحمن الرحيم
1 ) Para imam yang mahir dan tahu tentang ilmu qiraat boleh membaca mana-mana qiraat yang dikehendakinya. Namun perbuatan mencampur adukkan qiraat dalam solat tarawikh seperti di atas dibimbangi menimbulkan fitnah dan gangguan ekpada orang awam yang belum mengerti hal-hal qiraat.

2) Kita tidak wajib mengikut Imam dalam segi bacaannya. Jika imam membaca warash, kita boleh membaca hafs. Sekiranya wajib mengikut imam dari segi bacaan, amatlah sukar bagi orang awam untuk mengerjakan solat.

3) Pertama, anda perlu mempelajari al-Quran dengan cara bermushafahah iaiatu berdepan dengan guru yang mahir. Berkenaan salah bacaan dalam al-Fatihah, ia terbahagi kepada dua :
Salah yang jelas = ini membatakan solat iaitu salah yang boleh mengubah makna al-Fatihah
Salah yang khafiy (tersembunyi) = tidak membatalkan solat, iaitu salah sebutan atau sebagaiya
Namun dalam masalah yang disebutkan. Ia boleh mengulangi bacaan sama ada dari awal ayat, atau pertengahan ayat (Jika makna tidak cacat).
Namun dalam masalah Arrahmanirrahim..Adalah lebih baik diulang dari Arrahmanirrahim bukan dari Rahim sahaja kerana untuk mencukupkan makna.
:aklam