SJ-05-0531 : apa dalil wajibnya tasbih rukuk

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0531 : apa dalil wajibnya tasbih rukuk

assalamu'alikum
ustadz, apakah tasbih rukuk termasuk wajib atau sunnah shalat?
bagaimana penjelasannya dan mana pilihan yang lebih tepat?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: apa dalil wajibnya tasbih rukuk

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Membaca Tasbih semasa ruku’ merupakan perkara yang di khilafkan ulama’. Jumhur ulama, termasuk Mazhab al-Syafie, Hanafi dan Maliki mengatakan Tasbih ini sunat sahaja hukumnya. Manakala Mazhab Habbali mengatakan ianya wajib.

Menurut Ibn Qudamah rh. bahawa didalam riwayat yang mashyur dari Imam Ahmad dimana beliau menyebut apabila seseorang menunaikan solat hendaklah dia Takbir semasa turun dan naik, membaca tasbih semasa ruku’ dan sujud, membaca Sami’Allahu Liman hamidah dan Rabbana walakalHamd, membaca Rabbighfirli diantara dua sujud dan membaca tashahhud awal semuanya adalah wajib. Ini juga pandangan Ishak dan Daud (al-Mughni, 1/578).

Menurut Ishak bin Raahawiyah – tasbih wajib, jika meninggalkannya dengan sengaja maka terbatal solat. Jika terlupa, solat tidak terbatal. Menurut Ahmad, tidak meninggalkan dengan sengaja tidak batal solat dan hendaklah melakukan sujud sahwi.

Namun demikian, bagi ulama’ yang berpegang bahawa tasbih ini sunnat mengatakan bahawa didalam riwayat Imam Ahmad yang lain, beliau mengatakan tasbih ini tidak wajib. Ini merupakan pandangan jumhur ulama’ Fiqh, dimana Nabi pernah tidak mengajar perkara ini kepada mereka yang bersolat tidak sempurna. Mereka mengatakan ini merupakan sunat yang mustahab (digalakkan). Ia bukan syarat sah solat.

Menurut Imam Nawawi rh mengenai bacaan tasbih didalam ruku’ dan sujud, berkata : SamiAllahu Liman Hamidah, Rabbana Walakalhamdu, Takbir2 selain dari Takbir al-Ihram, semuanya adalah sunat dan bukanlah wajib, jika tertinggal tidaklah berdosa dan solatnya sah. Begitu juga meninggalkannya secara sengaja atau lupa, akan tetapi tidak disukai meninggalkannya secara sengaja oleh mazhab kami, demikianlah berkata Malik, Abu Hanifah dan jumhur ulama (al-Majmu’, 3/387).

Perkara ini khilaf, kedua-dua amalan ini mempunyai dalil masing-masing. WA.

خيرالأمين