SJ-06-0036 : Solat jamak-makmum zohor, imam jamak/qasar?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-06-0036 : Solat jamak-makmum zohor, imam jamak/qasar?

Bolehkah makmum yang nak bersolat zohor ikut imam yang diketahui nak buat solat jamak/qasar zohor& asar (atau sebaliknya).
Terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-06-0036 : Solat jamak-makmum zohor, imam jamak/qasar?

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ummat dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Ulama' sepakat bahawa dibenarkan orang yang bermukim mengikuti Imam yang solat musafir (qasar). Cuma Mazhab Maliki mengatakan perbuatan ini makruh disebabkan ia bertentangan dengan niat berimam.

Padangan yang rajih (lebih benar) adalah tidak makruh bersolat dibelakang Imam yang bermusafir kerana dalilnya datang dari Hadith Nabi :saw (Nailul Authar 3/204). Caranya, apabila solat seorang Imam yang bermusafir 2 rakaat, dan selepas Imam memberi salam orang yang bermukim akan menyempurnakan solatnya. Adalah mustahab (digalakkan) selepas Imam yang bermusafir itu memberi salam, beliau hendaklah mengucapkan : "Sempurnakan solat kamu, sesungguhnya aku sedang bermusafir" (ÃÊãæÇ ÕáÇÊßã ÝÅäí ãÓÇÝÑ).

Sekian, wasalam

خيرالأمين