SJ-08-0098 : Tak puasa tapi tak boleh makan?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0098 : Tak puasa tapi tak boleh makan?

:wassalam

para ahli panel yang dirahmati Allah swt ,

tuan ,

benarkah seseorang yang terlupa berniat dimalam hari puasa ramadhan tidak dibenarkan makan disiang hari dan hendaklah 'berpuasa' sama seperti orang yg berpuasa ?

atau sengaja tidak berniat dimalam hari dan dikehendaki 'berpuasa' juga ?

sebab setahu sy dia tak puasa , so makanlah klu mahu. Tapi kata sesetengah org dahlah sengaja tak berniat so kafarahnya kena 'berpuasa' jugak

syukran 'alaikum ::D

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-08-0098 : Tak puasa tapi tak boleh makan?

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Seseorang yang wajib berpuasa, tetapi puasanya tidak sah kerana tidak berniat pada malamnya atau dia melakukan suatu yang membatalkan puasanya dengan sengaja, maka dia wajib menjaga kehormatan bulan Ramadhan dengan tidak makan, tidak minum sepert orang berpuasa.

Tidak semestinya jika puasanya batal, bererti dia bebas makan minum. Wajib meneruskan puasanya yang batal dan wajib qadha balik selepas itu.

Sama seperti orang yang terbatal ihramnya samada haji atau umrah, maka wajib dia meneruskan amalan haji dan umrahnya yang batal, dan wajib diqadha balik selepasnya.

rujukan:
-Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 25/262
-Fatwa Lajnah Daemah no: 4352

Wallahu A'lam