SJ-09-0008 : Amalan Memegang Kelambu/Dinding/Pintu Kaabah??

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0008 : Amalan Memegang Kelambu/Dinding/Pintu Kaabah??

Assalamu alaikum...

Ustadz yg dihormati,
Adakah amalan memaut/memegang kelambu/dinding/pintu Kaabah ini disyariatkan ISLAM?

Mohon pencerahan.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0008 : Amalan Memegang Kelambu/Dinding/Pintu Kaabah??

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan shahnor77 dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Dalil/Nas hanya membenarkan memegang Rukun (bucu) Yamani dan Hajar Aswad sahaja, dan selain dari itu tidak di syara'kan. Syeikh Ibn Utsaimin rh didalam komentarnya terhadap kesalahan mereka yang memegang bahagian-bahagian lain yang tidak di syara'kan oleh agama :-

ÇÓÊáÇã ÌãíÚ ÃÑßÇä ÇáßÚÈÉ æÑÈãÇ ÌãíÚ ÌÏÑÇäåÇ æÇáÊãÓÍ ÈåÇ¡ æáã íÓÊáã ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ãä ÇáßÚÈÉ Óæì Ñßä ÇáÍóÌóÑ ÇáÃÓæÏ æÇáÑßä ÇáíãÇäí
dir="ltr">"(sebahagian jemaah Haji) memegang keseluruhan rukun (bucu) Kaabah, bahkan ada yang memegang keseluruhan dinding Kaabah dan mengusapnya. Nabi :saw tidak memegang Kaabah kecuali pada Rukun hajar Aswad dan Rukun Yamani" [Daleel al-Haaj wa al-Mu'tamir, bahagian Akhta' fi al-Thawaaf, no:6].

Jemaah yang bergayut-gayut di kelambu Kaa'bah pun termasuklah didalam perbuatan yang salah ini. Malah didalam kesalahan no:5 buku diatas Syiekh Ibn Utsaimin berkata :"mereka yang yakin Hajar Aswad dapat memberi berkat pun di anggap bid'ah, dan tidak ada sumbernya dari syara'".

Kesimpulannya : perbuatan diatas bukanlah apa yang ditunjukkan oleh Nabi :saw.

Sekian, wassalam

خيرالأمين