SJ-09-0015 : Tawaf Wada' utk UMRAH?

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0015 : Tawaf Wada' utk UMRAH?

Assalamu 'alaikum...

Panel fiqh al-ahkam.net yang dihormati,

1. Apakah hukum TAWAF WADA' bagi penduduk bukan Makkah yang mengerjakan UMRAH?

2. Apakah hukum bagi seseorang yang dengan sengaja meninggalkan TAWAF WADA' yang di dalam kefahaman kaburnya mengatakan TAWAF WADA' hanyalah sunnat (bukan wajib) bagi seseorang yang mengerjakan UMRAH?

Mohon pencerahan. Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0015 : Tawaf Wada' utk UMRAH?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1. Secara kasar, ada dua pandangan; (i) wajib seperti wajibnya tawaf wida' selepas haji. (ii) tidak wajib.

Dari sudut dalil, tidak ada nas khas yg sahih tentang tawaf wida' untuk umrah. Yang ada cuma nas umum yg diucapkan Nabi ketika haji wida', iaitu "Jangan seorang pun balik sehingga menjadikan akhir perbuatannya ialah (tawaf) di Kaabah". (Sahih Muslim no: 1327).

Nas khas yg diriwayatkan dalam Sunan Tirmizi dan lain2 adalah DHAIF iaitu dgn lafaz: "Sesiapa buat haji atau umrah, maka hendaklah akhir perbuatannya ialah (tawaf) di sisi Kaabah". HR: Tirimizi (no: 946). Katanya: GHARIB.

Walaubagaimana pun, lebih ihtiyath untuk dilakukan tawaf widak selepas umrah kerana nas hadis tawaf widak adalah umum. (Fatawa Lajnah Daemah, no: 2873).

2. Tidak perlu bayar dam dalam kes ini kerana sewaktu dia buat umrah, dia berpegang kepada fatwa tidak wajib tawaf widak. Hatta, kalau kemudiannya dia berpegang kpd fatwa lain yg kata wajib, pegangannya kpd fatwa kedua tidak menjejaskan amalannya yang lalu.

Wallahu A'lam.