SJ-09-0032 : Memilih Syampoo Halal Untuk Haji

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-09-0032 : Memilih Syampoo Halal Untuk Haji

Assalamu'alaikum.
Ustaz,

Sekiranya kita tidak dibenarkan membawa shampoo dari Malaysia(di Msia boleh beli yg ada logo Halal), bercadang beli di Madinah atau Mekah. Katakan yg dijual, tiada logo Halal, bolehkah beli n guna? Cos' mungkin mengandungi haram ingredients.

T Kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-09-0032 : Memilih Syampoo Halal Untuk Haji

Wa'alaikumussalam ,

al-Jawab :

Secara ringkas , kebiasaannya barang-barang yang dijual disekitar Mekah atau Madinah adalah halal dan boleh digunakan.Lebih-lebih lagi jika bahan buatannya tidak tertulis atau termaktub daripada barang-barang yang haram digunakan.Sebagaimana kaedah Fiqh ada menyebutkan :

"Setiap sesuatu yang tersembunyi , tidak perlulah dicari (diselidiki)"

Sekiranya saudara / i tidak merasa yakin dan tidak dapat meyakinkan diri terhadap keharusan / ke'halalan' syampoo / bahan-bahan lain yang tidak mempunyai sebarang tanda / logo halal , maka adalah lebih baik saudara/i tidak menggunakannya.Ini kerana keluar (berlepas diri) dari perasaan ragu dan syak adalah suatu perkara yang digariskan dalam Islam, agar tidak terjebak dengan perkara-perkara yang syubhat.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد
http://aljawhar.wordpress.com