Assalamualaikum,
Merujuk kepada SU-000257 ROTI CANAI, perkara ini pernah saya tanyakan pada seorang ustaz dan ia mengatakan semua yang dikatakan "najis" iaitu tahi dan air kencing dari haiwan yang halal dimakan adalah harus dimakan/minum. Termasuklah dalam kes roti canai 'jantan' yang termasuk tahi ayam di dalamnya. Tapi mengikut adatnya tak adelah orang yang sengaja mahu makan tahi ayam walaupun harus dimakan. Kes ini samalah dengan kenyataan TG Datuk Nik Aziz dahulu bahawa tupai halal dimakan tapi sanggupkah kita memakan tupai. Ustaz saya itu bersandarkan pada hadis berikut:
Anas r.a bercerita: “Beberapa orang dari ‘Ukl atau dari ‘Urainah datang ke Madinah sedangkan hawa kota Madinah tidak sesuai dengan mereka (yang menyebabkan mereka sakit-sakitan) Maka Nabi menyuruh mereka mencari unta betina yang sedang menyusui dan menyuruh pula supaya mereka minum air kencing unta dan susu unta itu. Mereka pergi dan melakukan apa yang dianjurkan oleh baginda. Setelah mereka sihat kembali, mereka bunuh gembala unta itu dan untanya mereka bawa.
Berita mengenai kejadian itu sampai kepada Nabi pagi hari. Lalu Nabi memerintahkan supaya mengikuti jejak mereka. Kira-kira tengahari mereka dapat ditangkap. Maka Nabi memerintahkan supaya memotong tangan dan kaki mereka dan mata mereka ditusuk kemudian dijemur di tempat panas dan bila mereka meminta minum jangan diberikan.
Berkata Abu Qalabah “Mereka itu mencuri, membunuh, kafir sesudah iman bahkan menentang Allah dan RasulNya” –Hadis Bukhari dibawah tajuk ‘hukuman bagi pencuri dan pembunuh.’
Saya rasa janganlah kita risau lagi kalau nak makan roti telur bersandarkan pada hadis di atas. Minta komen panel Al-Ahkam.
JKK
:salam
Terima kasih di atas pendpt sdr. Hadis yg dijadikan dalil adalah sahih. Namun, kita tidak menafikan terdapat khilaf dan bahasan di kalangan ulama' perihal bolehnya memakan najis binatang binatang yg boleh dimakan ini.
"Hai manusia! Makanlah dari apa-apa yang ada di bumi ini yang halal dan baik, dan jangan kamu mengikuti jejak syaitan karena sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang-terangan bagi kamu." (al-Baqarah: 168)
Dalam urf kita di M'sia, ana rasa takde org yg sanggup memakan najis tanpa sebab yg kukuh. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.