SJ-10-0041 : glycerin

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-10-0041 : glycerin

Assalamualaikum wrt.

ana nak tanya ttg benda di atas. apakah benar ape² barang yg mengandungi bahan tersebut tidak boleh dipakai.
sekarang ini agak kecoh ttg penggunaan barang yg ade bahan tersebut.
ana perlukan jawapan segera kerana hampir kesemua barang² yg ana guna di sini (mcm ubat gigi, krim kulit dan sebagainya).

sekian..

SJ-10-0041 : glycerin

:wassalam

al-Jawab:

Menurut CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang), Gliserin adalah bahan ramuan penting dalam industri pemakanan dan ia dihasilkan dari lelemak haiwan, sayuran dan juga industri petro-kimia.

menurut Fiqh Syafi'iy, gliserin yang tidak diketahui sumber ambilannya maka termasuk syubhah, maka jalan penyelesaiannya ialah makanan itu mestilah ada label Halal yang disahkan seperti Halal-Jakim, barulah ia menjadi makanan/produk yang halal untuk umat Islam.

Adapun Fiqh Hanafi (Ibn Abidin, Radd al-Mukhtar 1/217) menetapkan jika bahan-bahan itu sudah melalui proses al-istihalah (perubahan zat), dan ia menjadi suatu produk yang baru, maka ia adalah suci dan halal keana sifat najis bahan asal itu sudah hilang kerana melalui proses pengilangan yang mana proses itu telah merubah sifat kenajisannya. Pendapat ini disokong oleh Syaikhul Islam Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa: 21/611).

Rumusan: Kita mendokong usaha-usaha menjadikan umat Islam bebas dari segala bahan yang asalnya dari sumber yang meragukan dan ujudnya persijilan Halal yang digunapakai oleh seluruh umat Islam seperti piawaian ISO Geneva. Maka selagi ada pilihan, maka gunakanlah atau makanlah makanan atau produk yang ada logo halal.