SJ-11-0022 : Duit Pinjaman disimpan untuk pelaburan

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0022 : Duit Pinjaman disimpan untuk pelaburan

Assalamualaikum tuan moderator dan pengunjung sekalian..

Saya ada masalahnya begini. Katakanlah saya membuat pinjaman Bank Citibank berjumlah RM3000, disyaratkan saya membayar semula selama setahun Sebanyak RM272.5 sebulan. Bermakna hujung akhir tahun Jumlah yang perlu dibayar adalah RM3270. Duit ini dipinjamkan kepada saya contohnya. Dan saya menyimpannya dalam Bank Islam contohnya selama 6 bulan atau lebih mungkin selama 3 tahun. apakah hasil simpanan bank islam itu halal, dan adakah peminjaman itu sendiri tidak halal.

Sekian, WA
wassalam

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: Duit Pinjaman disimpan untuk pelaburan

:wassalam

Jawab

Citibank NA adalah perbankan milik pedagang Yahudi New York. Ditubuhkan pada tanggal 16 June 1912 di New York USA hingga berkembang menjadi Merchant Bank terbesar dunia dgn 200+ juta pelanggan di seluruh dunia di 100 negara. Citibank juga adalah perbankan global yg terbesar dalam industri kad Kredit dan kad Debit di dunia.

2. Hukum membuat loan atau pinjaman dari Citibank adalah haram kerana perbankan in adalah insititusi riba ditambah pula adalah milik musuh Islam numero uno.

3. Wang pinjaman dari Citibank itu tidak boleh dilaburkan pula ke dalam Perbankan Islam kerana yg haram tidak akan membuahkan yg halal berdasarkan kaedah Fiqhiyah:

atTaabi'-Taabi' = maksudnya jika asalnya sudah haram, pelaburan yg menyusulinya dikira haram juga.

Cth: duit rompakan, kemudian dilaburkan dalam akaun mudharabah bank Islam

Kaedah lain: Bila berkumpul yg halal dan haram, dikira haram.
dan banyak lagi kaedah lain disamping hukum asal, diharamkan pinjaman ribawiyah dan ancaman siksaan ke atasnya dari AQ dan Sunnah. AQ 2:278

sekian