SJ-11-0038 : Hadiah atau rasuah ?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0038 : Hadiah atau rasuah ?

:salam
2 situasi di bawah lebih kurang sama keadaannya :
1) Bila nak membeli kereta baru; tauke used car akan memberi makan/minum sementara menunggu urusan selesai.
2) Bila ke premis supplier untuk tujuan audit misalnya; mereka akan menyediakan makanan t/hari istimewa untuk kita.
Persoalannya : kedua-dua keadaan merupakan servis biasa untuk customer bila berurusan dengan supplier/dealer terutama non-muslim company.
Bila difikirkan tentang kepentingan kita sebagai customer ianya seolah-olah satu rasuah untuk mereka berbaik-baik dgn kita dan mempengaruhi keputusan kerja kita.
Adakah harus kita makan pemberian mereka atau menolaknya ?
Semoga panel yang arif dpt membantu kerana ramai dari rakan2 kita terutama sektor swasta yang makan dari jamuan supplier.

SJ-11-0038 : Hadiah atau rasuah ?

:wassalam

alJawab:

1. Jamuan makanan dari tokey used-car kepada pelanggan bukanlah rasuah tetapi sebagai good customer service (amalan memberi perkhidmatan yg baik kepada pelanggan). Ia membina imej syarikat dan menghasilkan repeat business atau pembelian ulangan. Definasi rasuah ialah suapan utk merubah keputusan. walhal dalam urusan ini adalah urusan mu'amalat harian manusia sahaja (jualbeli kereta).

2. Bila sesebuah syarikat datang membuat kerja2 audit di syarikat pembekalnya (supplier) yang melibatkan keputusan bisnes yang penting dan kritikal spt kualiti, cycle time dan kos, maka jamuan supplier kepada Juruaudit itu adalah rasuah. Ini kerana lapuran audit yang dilakukan oleh pegawai juruaudit adalah suatu keputusan yang perlu tepat kepada sesebuah syarikat. jika pengauditan itu hanya rutin dan memerlukan hubungan erat antara syarikat dan suppliers (excellence supplier relationship), maka jamuan itu boleh sahaja.

sekian