SJ-11-0141 Adakah Simpanan RM6000 Utk 5 Org Anak kena Zakat?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0141 Adakah Simpanan RM6000 Utk 5 Org Anak kena Zakat?

Assalamualaikum .

Saya menyimpan wang sebanyak RM6000.00 untuk 5 orang anak, jika cukup setahun, adakah wajib kita keluarkan zakat harta atas simpanan itu?

SJ-11-0141 Adakah Simpanan RM6000 Utk 5 Org Anak kena Zakat?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

Jika wang sebanyak itu masih di bawah pemilikan anda, kemudian cukup haulnya selama setahun, maka wang itu tetap dikenakan zakat. Tidak ada halangan yang menggugurkan kewajipan zakat kerana cukup nisab dan cukup haul.
Manakala niat untuk digunakan kepada anak-anak, atau sesiapa sahaja tidak menafikan wajibnya zakat pada harta seseorang.

Tetapi jika anda telah memberi (hibah) wang tersebut kepada anak-anak, iaitu dengan cara melafazkan pemberian dan mengasingkan wang antara mereka, yakni setiap seorang ditetapkan sebanyak RM 1200, dan diserahkan kepada mereka dengan cara qabdh yang syar'ie, maka barulah tidak dikenakan zakat. Kerana 1200 masih belum mencapai nisab zakat.

Wallahu A'lam.