SJ-11-0194 : Serah zakat pendapatan untuk masjid

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0194 : Serah zakat pendapatan untuk masjid

:salam

1) Adakah boleh mengeluarkan zakat pendapatan terus kepada pihak surau/masjid untuk pembinaan surau/masjid tersebut?

2) Adakah perlu membuat 'aqad atau menyatakan ini adalah zakat pendapatan semasa membuat pembayaran zakat tersebut kepada wakil surau/masjid?

3) Adakah sah jika diberi zakat tanpa menyatakan ini wang zakat, cuma kata ini sumbangan tetapi niat untuk zakat?

Sekian, terima kasih.

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-11-0194 : Serah zakat pendapatan untuk masjid

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

1) Zakat tidak boleh diserahkan kepada pembinaan atau pembaikan masjid. Begitulah fatwa Lajnah Daemah KSA (no: 2288).

Kerana syarak mewajibkan diserahkan zakat kepada lapan golongan, dan pembinaan masjid tidak termasuk dalam mana-mana golongan. Malahan, ia adalah maslahah umum samada kaya atau miskin.

2) Berdasarkan jawapan no (1), tidak boleh diserahkan kepada surau atau masjid.

3) Yang wajib ketika membayar zakat ialah niat bahawa harta tersebut adalah untuk zakat. Dan tidak disyaratkan memberitahu kepada penerima bahawa ia zakat. Yang wajib ialah menyerah milik harta tersebut kepada golongan yang berhak menerimanya, dengan diniatkan ia adalah zakat.

Wallahu A'lam.