SJ-11-0264 : duit biasiswa extra

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0264 : duit biasiswa extra

Assalamualaikum

Saya ada soalan spt dibawah:

Saya pernah menerima biasiswa pendidikan tajaan JPA diluar negara.
Dalam tempoh tajaan ada sekali mereka terlebih bagi sebulan elaun sara hidup.
Saya telah cuba meminta agar duit tersebut diambil balik segera, tetapi pegawai yang menjaga kami berkata 'nanti' mereka akan buat.
Akhir tahun lepas saya telah tamat ijazah dan semasa saya pulang, saya telah sekali lagi bertanya bagaimana nak pulangkan duit tersebut.
Ini bertanya kepada pegawai JPA di putrajaya sendiri yg menjaga akaun saya - seperti yg sama jawapan dia "kami akan contact bila dah tau macam mana nak bayar".
Sampai sekarang tidak ada apa2 berita. Berkali2 juga dalam tahun ni saya cuba bertanya lagi namun tidak ada jawapan.

Soalan saya - apakah yang patut saya lakukan dengan duit tersebut?
Adakah ia dikira halal sebab saya perlu bekerja mengikut perjanjian? bolehkah saya labur duit tersebut? atau bagaimana? adakah duit tersebut perlu dizakatkan?

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: duit biasiswa extra

Wa’alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.

Duit lebihan biasiswa tidak boleh anda munafaatkan. Ia mestilah dikembalikan kepada pihak yang berwajib, didalam kes anda adalah JPA. Firman Allah swt :-

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوا الْأَمَانَاتِ إِلَى أَهْلِهَا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya” [surah a;-Nisaa’ : 58].

Jika duit lebihan itu adalah dari individu, dan setelah cuba mencari tuannya atau warisnya tetapi tidak menjumpainya, maka bolehlah duit tersebut boleh disedekahkan. Bagi pihak JPA pula, memang mereka ada menerima pulangan duit lebihan dari biasiswa. Sila lihat tautan dibawah :

Quote:
Terima kasih di atas maklumat yang diberikan. Pertamanya, tahniah diucapkan di atas kepatuhan
serta keprihatinan pihak puan di dalam pembayaran balik pinjaman pelajaran JPA. Ianya wajar dicontohi
oleh peminjam-peminjam yang lain.

Untuk makluman, pihak kami memerlukan nombor rujukan atau nombor kad pengenalan puan bagi tujuan
semakan data sekaligus menjawab pertanyaan yang diajukan.

Kerjasama serta keprihatinan puan di dalam perkara ini amat kami hargai.

Sekian, terima kasih.

Muhammad Anuar Bin Mat Zin
Unit Pengurusan Bayaran Balik
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
03-8885 3456/3448

Sumber : http://esimos.jpa.gov.my/sismat/index.php?topic=288.0

Wang tersebut juga bukan milik anda, maka tidak perlu dizakatkan.

Sekian, wassalam

خيرالأمين