SJ-12-0029: berkhalwat atau tak?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0029: berkhalwat atau tak?

salam...

saya nak tanya adakah dikira berkhalwat jika saya seorang duduk di dalam ofis dgn seorang lelaki bukan mahram...walhal kami hanya bercakap benda yg penting sahaja dan sibuk membuat kerja masing-masing?

wassalam...

SJ-12-0029: berkhalwat atau tak?

Assalamualaikum,

Berdasarkan dari kenyataan saudari diatas,keadaan tersebut tidak dikira sebagai khalwat.Mengikut Akta/Enakmen Jenayah Syariah,beberapa ingredient perlu ada sebelum seseorang itu dituduh sebagai berkhalwat seperti pasangan adalah bukan suami isteri/mahram,keadaan tertutup/terasing/tersembunyi, keadaan mendatangkan syak untuk melakukan sesuatu yang tidak elok.Keadaan mendatangkan syak boleh dilihat dari banyak sudut seperti tempat,suasana ,masa dan lain-lain yang berkaitan.Walaubagaimanapun sekalipun saudari berada di pejabat,tetapi segala unsur yang tersebut diatas ada,maka saudari boleh dituduh melakukan kesalahan khalwat.WA