SJ-12-0073 : konsep bertunang...

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0073 : konsep bertunang...

assalamualaikum...

1) Bolehkah ustaz terangkan skit pasal konsep pertunangan dlam islam
sebab ape yg sy dpt tau jika seseorang tuh dah ade couple,
bermaksud die sudah betunang? adakah statement tuh dikire betul?
Ada jugak yg menyatakan jika dah ade couple, ianya tidak
bermaksud bertunang selagi kedua-dua belah keluarga pasangan
tidak berjumpe lagi dan mengadakan majlis pertunangan secara rasmi

2) Dalam islam, adakah salah utk memegang prmpuan yg bukan
mahram kite pada part2 badan yg belapik? katekanla prmpuan itu
memakai baju kurung, dan kite memegang lengan prmpuan tersebut

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: konsep bertunang...

:wassalam

Jawab

1. Pendapat yang benar ialah pasangan yang couple (berpacaran) belum lagi bertunang jika adat peminangan itu belum berlaku. Adat pertunangan yg diiktiraf oleh Islam ialah kedua belah keluarga telah bertemu. Ini suatu adat yang tidak disangkal lagi. Adapun 'couple' atau berpacaran itu adalah suatu yang asing dari Islam. Ia diperkenalkan lewat filem2 P Ramlee. Sebelum itu orang Melayu tidak kenal erti couple.

2. Memegang perempuan yang non-mahram ini adalah haram walaupun berlapik kerana ia menjurus kepada perzinaan. jika berkhalwat (berdua-duaan) pun haram, maka apatah lagi memegangnya kerana turutan dalam langkah kepada perzinaan ialah, mula-mula berdua-dua'an, kemudian berpegang-pegangan, kemudian cumbuan dan akhirnya membuka aurat dan penyudahnya ialah perzinaan.
Cara mengelakkan berpegang-pegang ini ialah ditemani oleh muhrim kepada perempuan itu.

Kesemua langkah ini ditegah oleh Islam di bawah Sadd adzara'iy (menutup pintu kejahatan yakni zina) (Ibn Taymiyah, majmu' Fatawa Jilid 32/ms 10)