SJ-12-0123 : memotong kuku semasa dalam pantang

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0123 : memotong kuku semasa dalam pantang

ana yg cetek agama ingin bertanya kepada ustaz2 di al-ahkam adakah benar di dalam islam perempuan yg didalam pantang tidak dibenarkan memotong kuku sewaktu didalam pantang bersalin.

ramai orang di sekeliling ana mengatakan tak boleh dalam islam dan ada segelintir yg mengatakan boleh.ana betul2 keliru

ana harap dapat penjelasan yang logik dan tepat menurut al-quran dan hadis

terima kasih

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ-12-0123 : memotong kuku semasa dalam pantang

ÇáÌæÇÈ

alJawab:

al-Sayyid Sabiq dalam kitabnya Fiqh Sunnah (edisi Indon, Jld 1/130) menetapkan boleh. Kitab ini sedang kita syarahkan di al-Ahkam Online dan bila sampai bab ni nanti kita akan huraikan dengan detail mengenai dari mana datangnya pendapat yang kata tak boleh, antaranya Imam Abu Hamid alGhazali rh dalam Ihyaa'nya.

Yang sebenarnya tiada larangan dari AQ dan AsSunnah. Maka ia kembali kepada hukum asal, jika tiada larangan maka tidaklah haram atau makruh sedikitpun. Bayangkan wanita dalam pantang tidak boleh potong kuku selama 40 hari. al-Sayyid menggunakan fatwa Atha' bin Abi Rabah, seorang tabi'in yang lahir pada tahun 24H. sekian