SJ-12-0195 Benarkah cincin,gelang &dll EMAS haram utk WA

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0195 Benarkah cincin,gelang &dll EMAS haram utk WA

Salam akhi thtl atau Ustaz Izail,

Ana ada terbaca tentang hadis yang dibawa oleh albani dan dinilai sahih tentang keharaman emas berlingkar, apa pandangan ustaz?

Boleh tak atsar dijadikan sumber hukum?? Ini kerana ada atsar dari Aisyah radialluhuanha yang memakai emas..

SJ-12-0195 Benarkah cincin,gelang &dll EMAS haram utk WA

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

1- Firman Allah SWT (43:18)

Ãóæóãóäú íõäóÔøóÃõ Ýöí ÇáúÍöáúíóÉö æóåõæó Ýöí ÇáúÎöÕóÇãö ÛóíúÑõ ãõÈöíäò

"Dan apakah patut (menjadi anak Allah) orang yang dibesarkan dalam keadaan berperhiasan sedang dia tidak dapat memberi alasan yang terang dalam pertengkaran."

Allah SWT menyebut dalam konteks ayat ini; perhiasan (hilyah) adalah merupakan sifat sebati orang perempuan samada dengan emas atau lain-lain perhiasan yang menunjukkan keharusan memakainya, selagi tiada dalil yang mengharamkannya.

2- Sabda Nabi SAW:

ÃõÍöáøó ÇáÐøóåóÈõ æóÇáúÍóÑöíÑõ áöáúÅöäóÇËö ãöäú ÃõãøóÊöí æóÍõÑøöãó Úóáóì ÐõßõæÑöåóÇ

"Dihalalkan memakai emas dan sutera kepada wanita umatku dan diharamkannya kepada lelakinya". (H.R Ahmad, an-Nasa'ie dan at-Tirmizi, dinilai sahih oleh at-Tirmizi & Albani)

3- Telah diriwayatkan dalam hadis-hadis sahih bahawa wanita di zaman Nabi SAW telah memakai perhiasan tersebut, antaranya dari Ibn 'Abbas r.a., katanya :

ÃóÔúåóÏõ Úóáóì ÑóÓõæáö Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó áóÕóáøóì ÞóÈúáó ÇáúÎõØúÈóÉö ÞóÇáó Ëõãøó ÎóØóÈó ÝóÑóÃóì Ãóäøóåõ áóãú íõÓúãöÚú ÇáäøöÓóÇÁó ÝóÃóÊóÇåõäøó ÝóÐóßøóÑóåõäøó æóæóÚóÙóåõäøó æóÃóãóÑóåõäøó ÈöÇáÕøóÏóÞóÉö æóÈöáóÇáñ ÞóÇÆöáñ ÈöËóæúÈöåö ÝóÌóÚóáóÊú ÇáúãóÑúÃóÉõ ÊõáúÞöí ÇáúÎóÇÊóãó æóÇáúÎõÑúÕó æóÇáÔøóíúÁó

"Aku menyaksikan Rasulullah SAW, baginda solat lebih dahulu sebelum berkhutbah (hari raya). Kemudian baginda mendapati bahawa suara baginda tidak sampai (kedengaran) kepada kaum wanita. Lalu baginda mendatangi mereka, memberi mereka peringatan dan pengajaran serta menyuruh mereka bersedekah, sedangkan Bilal membentangkan kainnya dan para wanita menyerahkan cincin, kalung dan perhiasan-perhiasan lainnya (dengan meletakkannya ke kain Bilal itu)." (H.R Bukhari & Muslim)

4- Aisyah r.a telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah membenarkan cucunya Umamah binti Abi al-'Aas memakai cincin emas, dengan sabdanya:

ÊóÍóáøóíú ÈöåóÐóÇ íóÇ ÈõäóíøóÉõ

"pakailah (cincin) ini wahai anakku" (H.R Abu Daud & Ibn Majah, dinilai sebagai Hasan oleh Albani)

5- Imam Bukhari telah meletakkan sebuah bab dalam sahihnya yang bertajuk:

ÈóÇÈ ÇáúÎóÇÊóãö áöáäøöÓóÇÁö æóßóÇäó Úóáóì ÚóÇÆöÔóÉó ÎóæóÇÊöíãõ ÐóåóÈò

" Bab: Cincin Wanita. Dan Aisyah r.a mempunyai beberapa cincin emas."

Atsar dari Aisyah radialluhuanha yang memakai emas ini boleh dijadikan hujah dalam perkara ini.

6- Sejak dari zaman salaf ulama telah bersepakat (ijmak) membenarkan wanita memakai cincin, gelang, rantai yang dibuat dari emas. Ijmak ini telah disebut oleh ramai ulama antaranya: Imam Baihaqi, Imam Ibn Abd Barr, al-Qadhi 'Iyadh, Imam Nawawi, Imam Ibn Hajar dll.

Pada zaman ini, Syeikh Albani - rahimahullah- mengingkari ijmak ini dan mendakwa emas berlingkar diharamkan kepada wanita. Beliau telah membawa beberapa hadis yang melarang perhiasan tersebut.

Ulama telah menolak dakwaan ini, kerana hadis-hadis tersebut jika sahih dari sanadnya, ia dikira sebagai hadis syaz (dhaif) kerana bercanggah dengan hadis-hadis yang lebih kuat membenarkan perhiasan emas.

Imam Ibn Abd Barr menyatakan:

æáÇ ÎáÇÝ Èíä ÇáÚáãÇÁ Ãä ÇáÊÎÊã ÈÇáÐåÈ ÌÇÆÒ ááäÓÇÁ æÞÏ ÌÇÁ Ýí ßÑÇåíÊå ááäÓÇÁ ÍÏíË ÔÇÐ ãäßÑ

"Dan tidak ada khilaf antara ulama bahawa memakai cincin adalah halal bagi wanita. Dan telah diriwayatkan larangannya bagi wanita dari hadis syaz lagi mungkar." (al-Istizkar: 8/392)

Syeikh Albani telah berijihad dalam perkara ini dan cuba menghadkan larangan memakai emas berlingkar bagi wanita dengan hadis-hadis tersebut. Ijtihad beliau ini tidak diterima kerana bercanggah dengan ijmak ulama seperti yang disebut oleh Syeikh Dr. Yusuf al-Qardhawi. (al-Ijtihad fi Syariah Islamiah: m/s: 36)

Sila lihat jawapan (arab) Syeikh Bin Baz ketika ditanya soalan ini:
http://www.bin-baz.org.sa/Display.asp?f=bz01156.htm

Dan Syeikh al-Muqbil:
http://www.almoslim.net/rokn_elmy/show_question_main.cfm?id=22258

Wallahu a3lam