SJ-12-0223 : Apa Ada Dengan Dara???!!!!

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0223 : Apa Ada Dengan Dara???!!!!

:salam

Moga dirahmati Allah hendaknya,

Maaf menimbulkan soalan ini...

Dara adalah satu perkataan yg dikaitkan dengan perempuan sunti oleh kaum adam...terutamanya ketika musim kenduri kawin skang nie...

W/pun ada pandangan pakar perubatan mengatakan ia tidak memberi kesan di alam perkahwinan tapi bg adat orang melayu dan kebanyakannya masih mementingkan ke'dara'an wanita...

Persoalan ini diajukan sekadar ingin mendapatkan maklumat dan juga pandangan para ulamak dan fuqaha' mengenai perkara ini dan kepentingan ke'dara'an wanita...

Terima kasih

:wassalam

SJ-12-0223 : Apa Ada Dengan Dara???!!!!

:wassalam

al-Jawab:

Isu 'bakarah' atau kedaraan dikupas dgn panjang lebar oleh Fadhilah Syaikh 'Athiah Saqr, mantan Pengerusi Lajnah Fatwa Jami'ah al-Azhar dalam kitabnya, ' Mausu'ah al-Usrah' (Encyclopedia Keluarga Islam) terbitan Maktabah Wahbah 2004.

Dari sisi syara', ia bermaksud tanda terjaganya seorang anak perempuan dan tak ada seorang lelaki pun yang menyentuhnya sebelum perkahwinannya. Masyarakat yang hidup disekelilingnya mengenali dan mengetahui kesucian gadis itu. itu aje maksudnya.

Manakala dalam definasi adat sesuatu bangsa misalnya orang Melayu ialah selaput dara si gadis itu masih intact atau utuh bila tibanya malam pertama.

Bila digabungkan hukum agama dan adat, maka jika suami mendapati selaput dara isterinya (hymen) telah koyak, maka dia tidak boleh terburu-buru menuduh kesucian isterinya telah tercemar. Ini kerana selaput dara boleh koyak dgn banyak sebab. Maka ia kembali kepada ketentuan agama, yakni ia berdasarkan maklumat perisikan dan persaksian dari masyarakat disekelilingnya yang lebih kuat menghukum kesucian seseorang manusia. sekian